Oleh / By: Fatini Zulkarnain
Seorang kerani syarikat guaman telah menjumpai mayat seorang lelaki di kawasan tong sampah berdekatan Taman Maluri malam tadi. Irza Kamar Ramli, 25, berkata bahawa dia dalam perjalanan pergi ke tempat kerja dan singgah di tong sampah itu untuk membuang sampah sebelum menemui mayat tersebut.
“Masa saya nak buang sampah tu, saya nampak ada benda pelik kat satu bungkusan hitam. Alangkah terkejutnya saya kerana bila saya amati betul-betul, benda pelik itu adalah jari manusia,” kata Irza kepada wartawan kami, semalam.
Mangsa, Danial Halim, 25, seorang jurujual telefon di Plaza Masalam didakwa telah dilihat kali terakhir pada pukul 10. 00 malam semalam dan tidak pulang ke rumah semalaman sebelum dijumpai dengan kesan tikaman bertubi-tubi di bahagian jantung.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Abdul Rahim Hamzah bin Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan.
Termasuk mangsa, sudah enam kejadian bunuh telah berlaku di seluruh Kuala Lumpur dalam masa dua bulan dengan cara kematian yang sama. Pihak polis beranggapan pembunuhan-pembunuhan ini dilakukan oleh orang yang sama.
...................................................................................
Omar Gibran tak mampu menahan ketawa membaca komik Under 18. Sesungguhnya dia sangat bosan duduk di meja itu menanti kerja. Kakinya diangkat ke meja, mencari posisi selesa. Tiba-tiba pintu pejabatnya diketuk, menyebabkan dia bertindak spontan menjatuhkan kesemua komik yang disusun di meja ke lantai.
“Omar, bos nak jumpa,” wajah Kastina, setiausaha majikan mereka terpampang di muka pintu. Habis sahaja katanya ditutur, dia terus berlalu ke mejanya yang berhadapan dengan bilik majikan mereka di syarikat GLOBAL AINUN Sdn. Bhd, Encik Daud Rosli.
“Mati-mati aku ingat bos tadi,” kata Omar lalu mengutip komik-komik yang berselerakan di lantai. Setelah komik-komik itu dilemparkan ke atas meja, dia terus ke meja Kastina.
“Kas, kenapa setiap kali bos suruh kau panggil aku, kau tak pernah masuk ofis aku? Komang-komang kau akan ketuk pintu bilik aku je. Kau tak suka ke macam mana aku decorate ofis aku tu?” tanya Omar dengan machonya.
“Aku bukan tak suka ofis kau, aku suka sangat. Tapi, aku tak suka kau. Aku pun tak tahulah kenapa bos still lagi bagi orang tak guna macam kau ni kerja kat sini. Aku nampak kau tak buat apa-apa pun,” kata Kastina, jelek.
“Ooo, kau cakap aku tak guna. Baby, kau nampak aku tak buat apa-apa sebab bila aku buat kerja, kau tak nampak aku kat ofis. Takpe baby, it’s okay, tak payah mintak maaf. Bos tengah tunggu. Babai, baby,” kata Omar sebelum masuk ke dalam bilik Encik Daud.
“Eww... Siapa baby dia? Perasan macho, dahlah hidung kembang. Ugh, tak kuasa nak layan,” Kastina berbicara pada diri sendiri.
...................................................................................
“Hai bos. Dah makan?” Sapa Omar sebaik sahaja dia masuk ke dalam pejabat Encik Daud. Muka Encik Daud yang jarang senyum itu mematikan ramah Omar. Kelihatan seorang lelaki sedang duduk berhadapan dengan Encik Daud dan lelaki itu membelakangi Omar.
“Omar, ini Vincent. Anak buah member aku,” kata Encik Daud. Lelaki itu bangun dan bersalam dengan Omar. Vincent berpakaian sangat formal dengan kot hitam dan rambut belah tepi, berbeza dengan Omar yang kasualnya memakai jeans longgar bersama t-shirt merah dan jaket hitam.
“Hai. You can call me Vince,” kata Vincent.
“Vince? Percayalah sayang ku teman ku lah kasih yang kekal selamanya, wo’o, wo’o,” Omar terus menyanyikan korus lagu ‘Percayalah Sayang’ dengan bersemangat. Dia berhenti mendadak apabila deheman Encik Daud menerjah gegendang telinganya.
“Sori bos. Demam panas Akademi Fantasia tak pernah kebah bos,” kata Omar.
“Or you can call me Vincent instead,” kata Vincent dengan janggalnya.
“Itu lebih baik,” Omar bersetuju sebelum mereka berdua duduk di kerusi berhadapan Encik Daud. Encik Daud menghulurkan surat khabar bertarikh hari ini kepada Omar.
“Saya dah beli surat khabar bos. Simpan jelah surat khabar tu, nanti boleh hantar kat recycle centre,” kata Omar.
“Kes terbaru kau ada dalam surat khabar ni,” kata Encik Daud. Omar hanya mengangguk dan membaca muka depan.
“Abang mangsa ke-enam call aku tadi. Dia mintak kita siasat siapa yang bunuh adik dia,” kata Encik Daud lagi.
“Takkan surat khabar je bos? Maklumat lain?” Tanya Omar.
“Segala fail dan gambar bukti aku dah letak dalam ofis kau. Apa yang ada dalam tu polis dah siasat. Aku nak kau siasat apa yang polis tak siasat.”
“Okay, bos. Di tanggung beres. Tapi, satu soalan lagi bos. Apa kaitan Vincent dalam hal ni?”
“Vincent kena buat essay pasal private investigator untuk kerja cuti sekolah. Dia akan ikut kau ke mana saja kau pergi. Kalau boleh libatkan dia dalam kerja kau, tapi jangan melampau.”
“Budak sekolah ni?” Omar terkejut. Dipandangnya Vincent atas bawah. Hati Vincent terasa.
“Omar, behave!” Kata Encik Daud.
“Sori bos, tapi saya dah biasa buat kerja ni solo-molo. Saya risau dia blocking kerja saya bos,” kata Omar.
“Dia bukannya partner kau. Dia perhati cara kau kerja je,” kata Encik Daud.
“Baik bos.”
“Cari sampai dapat dan serahkan pada pihak polis.” Encik Daud memberi amaran. “Dah, korang boleh keluar.”
Vincent dan Omar bergerak keluar. Sebelum Omar menutup pintu, namanya dipanggil.
“Omar,” panggil Encik Daud.
“Ya bos,” Omar memberhentikan pintu dari ditutup.
“Jangan nak memandai,” ketegasan amaran Encik Daud membuat Omar telan air liur.
...................................................................................
Sebaik sahaja Omar memasuki pejabatnya kembali, kelihatan ada enam kotak besar sedikit dari kotak kasut tersusun cantik di atas mejanya. Bersebelahan kotak-kotak tersebut kelihatan komik-komik Omar yang telah disusun kemas semula. Omar melihat susunan komik itu sekilas lalu dan menjerit dari pintu pejabatnya.
“SIAPA YANG REMBAT KOMIK ‘SCARBOT & MONKY’ AKU?! BAIK MENGAKU! NAK CARI PASAL AGAK-AGAK AR!” Semasa Omar sedang melaungkan suaranya ke seluruh syarikat, Vincent terpandang satu buku tertindih di bawah salah satu kotak . Ditariknya buku itu dari bawah kotak tersebut dan terpampanglah tiga karakter kartun dengan perkataan ‘Scarbot & Monky’. Vincent mencuit Omar dengan komik tersebut dan menghulurkannya pada Omar.
“Mana kau dapat komik ni?” tanya Omar sambil menyusun kembali komik-komiknya ke atas rak.
“Bawah kotak,” kata Vincent.
“Eh, boleh cakap Melayu. Bagus. Jadi, senang sikit aku nak bagi tahu peraturan dalam pejabat aku. Jangan risau, ada satu je peraturan yang kau kena ikut. Kau tak boleh sentuh barang-barang dalam pejabat ni kecuali lantai, pintu dengan kerusi kat depan aku. Kalau kau nak menulis ke apa ke, pandai-pandai kaulah,” kata Omar. Vincent terus duduk di kerusi yang Omar tunjukkan dan mengeluarkan komputer riba dari begnya.
Omar membuka kotak pertama, setelah diasingkan gambar bukti dan fail peribadi mangsa, dia membuka pula kotak yang kedua dan membuat perkara yang sama. Dan ianya berterusan hingga kesemua kotak itu menjadi kosong dan meja Omar penuh dengan kertas dan gambar yang dibahagikan kepada dua bahagian.
“Kenapa Omar sepahkan kertas dengan gambar bahan bukti?” Tanya Vincent.
“Ini cara aku bekerja. Takdelah menyusahkan aku bukak tutup kotak kalau aku biarkan dalam kotak-kotak tu.”
“Tapi nampak messy-lah.”
“Kerja kau perhati kan? Tengok je la, jangan kacau aku buat kerja.”
Vincent menaip sesuatu dalam komputernya. Omar meneliti fail peribadi mangsa satu-persatu. Dia membelek gambar bukti mangsa ke-enam dan terus keluar.
“Omar nak pergi mana?” Tanya Vincent.
Soalan Vincent membuatkan dia kembali ke pejabatnya semula. “Kau ni memang banyak tanya kan? Jom ikut aku. Kita nak jumpa saksi. Kau boleh tanya soalan banyak-banyak kat dia.”
...................................................................................
“What was that?” Pertanyaaan Vincent buat Omar tak jadi keluar dari kereta MyVi SE hitam miliknya.
“Apa?”
“You cakap you nak jumpa saksi yang jumpa mayat Danial, tapi you jenguk crime scene. Kenapa?”
“Aku dalam mood kerja sekarang ni. Apa kata kau tengok cara aku kerja dulu, nanti bila habis office hour, kalau kau nak tanya macam-macam kat aku, dipersilakan. Sekarang ni kerja kau interview Irza, okay?”
Vincent angguk tak puas hati. Mereka keluar dari kereta dan Omar memberi salam. Seorang lelaki 40-an membuka pintu.
“Hai pak cik. Ini rumah Irza Kamar Ramli?” Tanya Vincent.
“Ya. Saya ayahnya. Anak berdua ni siapa?” tanya Encik Ramli.
“Saya Omar. Saya ada call pak cik sebelum datang sini.” Kata Omar.
“Oh, ya. Masuklah,” Encik Ramli memberi laluan. Di ruang tamu kelihatan seorang perempuan 20-an duduk di sofa bersama seorang perempuan yang lebih kurang sebaya dengan Encik Ramli.
“Hai, saya Vincent, ini kawan saya, Omar,” Vincent bersalam dengan kedua perempuan terbabit.
“Saya Liza. Ini anak saya, Irza,” sedang Vincent duduk di sofa berhampiran Irza dan ibubapanya sambil bertanyakan pelbagai soalan, Omar mengelilingi ruang tamu itu, memandang keseluruhan ruang tamu.
“Terima kasih Cik, Puan, Encik. Omar, you ada apa-apa nak tanya?” Tanya Vincent. Omar yang masih memandang gambar Irza sekeluarga bersuara.
“Selalu ke Irza geledah sampah orang?”
“Excuse me?” Irza tak faham dengan pertanyaan Omar.
“Kalau pak cik kutip sampah yang jumpa mayat tu, saya tak terkejut sebab itu kerja dorang. Tapi untuk seorang kerani syarikat guaman selongkar sampah orang, itu dah bunyi macam stalker. Ada apa-apa yang Irza nak cakap pasal tu?”
“Awak nak cakap yang anak saya suka buat kerja macam tu?” suara Encik Ramli sudah meninggi.
“Takdelah. Selalunya, kalau saya buang sampah saya tak berani nak sentuh sampah orang. Dah namanya sampah kan...” Omar memprovok.
“Encik Omar,” Irza bersuara, tegas dalam tenang. “Kawasan perumahan kami sangat sistematik dan patuh pada peraturan. Kami diwajibkan untuk memasukkan sampah betul-betul ke dalam tong sampah. Kalau tak, perumahan kami akan didenda. Sepanjang saya tinggal kat sini, itu adalah kali pertama saya tengok ada sampah kat luar tong sampah tu. Saya cuma nak tolong elakkan kawasan perumahan saya ni kena denda. Dan jumlah denda tu cukup untuk beli lima buah laptop.”
“Okay, tu je,” kata Omar.
“Terima kasih untu kerjasama Cik Irza. Kalau ada apa-apa maklumat lagi sila call kami. Kami balik dulu,” kata Vincent sebelum cepat-cepat keluar dari rumah itu diikuti Omar. Sampai sahaja di tempat letak kereta, Vincent ingin membuka mulut tetapi dipintas Omar,
“Ingat apa aku cakap tadi, lepas office hour. Sekarang baru pukul berapa? Aku lapar, jom makan,” kata Omar lalu masuk dan menghidupkan enjin kereta. Vincent frust dengan gelagat Omar.
...................................................................................
“Malik seorang yang agak nakal. Playboy, keluar masuk disko macam keluar masuk hotel. Ramai jugak tak suka dia, tapi tak adalah sampai macam ni sekali,” kata Qayyum, teman baik Malik, mangsa bunuh yang pertama.
“Hm, Encik Qayyum orang terakhir yang jumpa dia sebelum dia dibunuh?” tanya Vincent.
“Ya. Time tu dia dah mabuk teruk. Saya yang call teksi, suruh dia balik,” kata Qayyum lagi.
“Encik Qayyum kenal siapa pemandu teksi tu?” Tiba-tiba Omar bersuara.
“Tak,” kata Qayyum.
“Awak pasti? Manalah tahu kan Malik ada usha isteri Encik dan...” belum sempat Omar menghabiskan ayatnya, Qayyum mencekak leher baju Omar.
“Aku tahu aku sepatutnya tak dapat isteri cantik macam Linda! Tapi kami cintakan satu sama lain! Aku tak akan biarkan orang yang aku sayang dirosakkan oleh kawan baik aku sendiri!” Omar senyum. Qayyum sedar kesilapannya.
“Tapi itu tak bermaksud saya akan buat perkara kejam macam tu. Saya dah janji dengan Linda takkan berdendam dengan dia. Tapi Linda tak boleh maafkan dia. Sejak tu, kami hanya kawan baik pada mulut orang,” sayu suara Encik Qayyum.
“Terima kasih. Segala kerjasama encik. Kalau ada apa-apa lagi yang encik ingat, terus contact kitorang,” kata Vincent. Mereka terus keluar dari bilik mesyuarat syarikat Encik Qayyum.
Masuk sahaja dalam kereta, Vincent mula mengira.
“Lima, empat, tiga, dua, satu... Okay, office hour dah habis,” kata Vincent.
“Bagus, sekarang kita dah boleh balik,” kata Omar.
“Tapi you cakap..” kata-kata Vincent dipintas lagi.
“Memanglah I cakap. Sebab tu kita balik ofis dulu,” Vincent menutup mulut menahan malu. “Lain kali jangan menyampuk cakap orang tua. Kan dah malu tak bertempat je.”
Omar memandu ke destinasi terakhir mereka, syarikat GLOBAL AINUN Sdn. Bhd.
...................................................................................
“Okay, silalah bertanya,” kata Omar setelah duduk di kerusinya sambil menikmati Cool Blog Cappuchino tanpa pearl rainbow topping yang dibeli dalam perjalanan ke syarikat GLOBAL AINUN Sdn. Bhd. Vincent yang memang haus dengan rasa ingin tahu terus bertanya.
“Kenapa you check latest crime scene? Yang first crime scene you tak pandang pun.”
“Sebab cara mayat-mayat tu dibuang sama. Rasanya tengok satu dah cukup,” kata Omar.
“Mana you tahu?”
Omar menunjukkan enam keping gambar tempat kejadian yang berbeza. Vincent mula faham melihat tong sampah besar dalam kesemua gambar-gambar tersebut.
“Mereka dibuang bersebelahan tong sampah.”
Omar angkat ibu jari sambil menghirup Cool blog. “Cuma yang pembunuhan yang terbaru ni lain sikit.”
“Lain macam mana tu?” Vincent menilik gambar-gambar tu lagi, mencari klu yang dia terlepas.
“Saksi yang jumpa mayat Danial. Sebelum-sebelum ni, tukang angkut sampah yang jumpa. Tapi kali ni kerani yang jumpa. Dan dalam enam-enam kawasan tong sampah tersebut, hanya satu tu je yang kena denda kalau sampah tak dimasukkan dalam tong.”
“Sebab tu you tiba-tiba tanya pasal tong sampah pada Irza.”
“Yup. Yang menimbulkan persoalan, kenapa mayat-mayat tu ada kat luar tong sampah?”
“Sebab... itu memang style penjenayah?”
“No, no, no. Setiap profile penjenayah ada sebab. Ini bukan fesyen, nak kena ada style segala bagai. Fikir lagi,” Omar cuba memahamkan Vincent seperti apa yang dia faham.
“Mungkin dia malas nak masukkan dalam tong...” Vincent mengagak.
“Hampir tepat. Lagi...”
“Dia tak larat nak masukkan dalam tong sampah.”
“YES! Itulah jawapan yang kita cari,” Omar seperti bersemangat. “Dia tak larat nak angkat mayat. Itu menunjukkan suspek seorang perempuan,” kata Omar, yakin.
“Atau mungkin suspek tak ada masa nak bersenam. Sibuk sangat dengan kerja,” sampuk Vincent.
“Boleh jadi jugak. Kerja yang tak perlukan dia gerak ke sana ke mari. Duduk dalam pejabat mungkin. Soalan seterusnya,” kata Omar.
“Kenapa you selerakkan maklumat kes macam tu atas meja?”
“Selerakkan? Tengok betul-betul... Tengok je, jangan sentuh.”
Vincent melihat ke atas meja Omar. Memang nampak berselerak, tapi dia dapat lihat segala gambar bahan bukti dan fail peribadi telah dikelompokkan jika ada gambar dengan objek atau perkataan yang sama. Vincent hanya mengangguk.
“Ada yang pakai board, aku pakai meja,” kata Omar.
“Kenapa you buat Encik Qayyum marah?” Tanya Vincent lagi.
“Aku nak jawapan jujur. Dan dia lulus,” kata Omar.
“Tak faham,” akui Vincent. Omar hirup Cool Blog yang semakin mencair.
“Kebenaran itu menyakitkan. Aku cuma nak yakinkan fakta,” Omar menghulurkan sekeping laporan polis kepada Vincent.
“Ini laporan polis dari Encik Qayyum. Malik ditahan atas tuduhan cubaan merogol isteri Encik Qayyum. Tapi sehari kemudian, dia tarik balik tuduhan ke atas Malik,” kata Omar lagi. Vincent mengangguk.
“Ada soalan lagi?” Tanya Omar. Vincent geleng.
“Jadi, mulai esok sampai kes ni selesai, jangan tanya apa-apa soalan. Kau tengok, dan kau buat tafsiran sendiri. Faham?” Vincent angguk.
“Bagus. Kau perlu balik rumah, esok jumpa aku kat sini. Selamat malam,” Omar mengiringi Vincent ke pintu pejabatnya dan terus menutup pintu tersebut sebaik sahaja Vincent di luar pejabatnya. Tanpa Vincent sedari, masih banyak persoalan dalam benak Omar yang masih belum terjawab.
...................................................................................
Omar bangun sebaik sahaja bunyi lagu ‘Sudah Cukup Sudah’ nyanyian Nirwana Band berkumandang di telefon bimbitnya. Dia menekan butang telefon bimbit sambil membuka mata. Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. Pejabatnya semakin terang seiring dengan bangkitnya matahari. Dia duduk di atas selimut tebal yang digunakan sebagai tilam.
Sudah azamnya dari kes pertama yang dikendalikannya. Selagi kes tak selesai dia tak akan pulang ke rumah. Bila Encik Daud dapat tahu mengenai hal ini dia meminta Kastina berpindah dari pejabat yang Kastina diami ke meja di hadapan pejabat Encik Daud dan menyerahkan pejabat itu kepada Omar. Itu yang menyebabkan Kastina tidak menyukainya. Macam Omar kisah. Tak suka, sudah. Orang dah bagi, guna jelah.
Omar buka dompetnya. Kelihatan beberapa keping not RM10 dan RM50 di dalamnya. Lebih dari cukup untuk cari sarapan. Tiba-tiba dia terpandang sesuatu dalam dompetnya. Dia terus bangun dan menggeledah mencari sesuatu dalam timbunan kertas dan gambar di atas mejanya. Apabila enam keping gambar ditemui, dia membandingkan gambar tersebut dengan apa yang ditemui di dalam dompetnya. Dan dia yakin apa yang perlu dia cari di bawah timbunan kertas dan bahan bukti itu.
...................................................................................
“Selamat pagi,” senyum Vincent melebar pagi itu. Hari ini Vincent pakai vest biru gelap dengan kemeja putih dan seluar slack biru gelap. Omar mengeluarkan mukanya dari novel ‘Storm Front’ karya Jim Butcher yang dibacanya dengan muka bosan.
“Lambat. Lama aku tunggu,” kata Omar sambil memasukkan novel itu ke dalam laci. Dia yang bermuka segar berkemeja hitam dengan perkataan ‘Soul Survivor’ warna merah. Dia lantas mengambil jaket coklat dan keluar dari pejabatnya.
“You nak...” ayat Vincent dipintas oleh Omar. “Jangan.”
“You tak..” ayat Vincent dipintas Omar lagi sekali. “JANGAN!”
Vincent hanya mengikut dengan penuh rasa ingin tahu.
Destiniasi pertama Omar pada hari itu ialah rumah mangsa kedua, Laila Sabri. Sebaik bersalaman dengan abang Laila, Vincent terus bertanyakan soalan.
“Laila seorang yang sangat periang. Dia memang tak ada musuh. Kalau ada yang nak cari gaduh pun, memang tak jadi kalau nampak muka comel Laila. Saya sendiri pun tak tahu siapa yang kejam sangat sanggup buat macam ni kat Laila,” kata abang Laila, Lutfi.
“Dia ada tunjukkan apa-apa perubahan emosi tak sebelum dia pergi kerja?” Tanya Vincent.
“Tak. Dia macam biasa je. Buat lawak time sarapan, suka tunjuk peace kat depan pintu,” suara Lutfi sudah sebak.
“Okay, saya rasa itu dah cukup buat masa sekarang. Omar?”
“Berapa kali Laila tukar IC?” Tanya Omar.
“Erm, tiga kali rasanya.”
“Bila kali terakhir Laila tukar IC?”
“Tiga bulan lepas. Kenapa?” Lutfi sudah pelik dengan soalan Omar.
“Okay. Tu je,” kata Omar, masih meneliti ruang tamu Lutfi.
...................................................................................
“Nah,” Omar memberikan enam keping gambar kepada Vincent. Kesemuanya adalah gambar kad pengenalan mangsa sebaik sahaja mereka masuk balik ke dalam kereta. Masuk kali ni dah lima mangsa mereka siasat dan Omar asyik tanya soalan yang sama kepada keluarga mangsa. Mentari yang semakin tenggelam meninggalkan sinar jingga ke seluruh alam.
“IC je kot. Apa kaitan? I tak faham,” kata Vincent.
“Tengok IC kau,” pinta Omar.
“What? Kenapa you nak tengok IC I?”
“Bagi jelah aku tengok,” kata Omar.
Dengan muka menyampah Vincent menunjukkan kad pengenalannya. Tak sempat Omar tengok dengan teliti, Vincent terus masukkan kad pengenalannya ke dalam dompetnya semula.
“Patutlah,” perlahan Omar berbicara.
“I tak faham lagi apa kaitan IC dalam hal ni,” kata Vincent.
Omar mengeluarkan kad pengenalannya dengan perasaan serba salah. Kad pengenalan Omar adalah versi lama. Walaupun cip kelihatan dalam keadaan baik dan warna birunya bertukar kekuningan, masih ada beberapa perbezaan antara kad pengenalan Omar dengan kad pengenalan Vincent.
“You tak tukar IC lagi?”
“Kenapa aku nak tukar? Itu gambar aku yang paling hensem. Dan minah yang ambik gambar aku tu cun siot,” kata Omar.
“Whatever, dude. So, apa yang you cuba nak bagi tahu I?”
“Kesemua mangsa baru tukar kad pengenalan, ada yang baru tukar tak sampai seminggu. Paling lama setengah tahun, dan yang paling best,” Omar mengeluarkan tiga keping gambar resit.
“Tiga daripada mangsa buat kad pengenalan di Pejabat Pendaftaran Negara yang sama,” kata Omar sambil tersenyum.
...................................................................................
Esoknya jam 10.00 pagi, Omar dan Vincent sudah terpacak di dalam Pejabat Pendaftaran Negara Plaza Masalam. Suasana di dalam pejabat itu sesak dengan orang ramai yang ingin menyelesaikan urusan mereka. Mereka ke kaunter pertanyaan. Omar melilau memandang keseluruhan pejabat itu.
“Selamat datang, ada apa-apa kami boleh bantu?” tanya pegawai dengan tag ‘Amir’ tergantung di lehernya.
“Selamat pagi. Kami nak jumpa pegawai atasan kamu boleh?” tanya Vincent.
“Encik berdua ni siapa?” tanya pegawai itu lagi. Vincent mencuit bahu Omar yang tidak mengendahkan perbualan mereka berdua.
“Your card, please,” pinta Vincent. Omar mengangguk sambil mengangkat kad pengenalannya di tangan kiri dan kad namanya di tangan kanan. “Be specific, boleh?” Kata Omar dengan sinis. Vincent mengambil kad nama Omar dengan muka menyampah dan menghulurkannya kepada pegawai berkenaan.
“Kami sedang menyiasat kes bunuh yang berlaku baru-baru ni. Kami harap pihak encik dapat memberikan kerjasama,” kata Vincent.
“Sekejap ya,” kata pegawai itu lalu keluar dari kaunter pertanyaan menuju ke satu bilik. Vincent meneliti kertas di papan kenyataan manakala Omar duduk di satu kerusi kosong dan bermain ‘Temple Run’ dengan penuh bersemangat. Agak ramai yang memandang kepada Omar yang bermain permainan itu dengan lagak gaya sekali.
Tidak berapa lama kemudian, pegawai itu keluar dan menuju ke arah Vincent.
“Encik berdua boleh masuk,” kata pegawai itu. Vincent memegang bahu Omar.
“Wei, jangan ganggu konsentrasi aku. Aku baru je nak lepas aku punya high score,” kata Omar sebelum berpaling ke arah Vincent.
“Dia dah bagi masuk ek? Jom,” kata Omar, serius. Vincent hanya menggeleng melihat gelagat Omar.
Bilik itu berhawa dingin sejuk. Di dinding kelihatan carta organisasi dan gambar-gambar Hari Keluarga dan gambar keseluruhan ahli jabatan itu di Plaza Masalam, Shah Alam. Seorang lelaki 40-an sedang duduk dengan senyuman di meja yang memisahkan lelaki itu dengan Omar dan Vincent.
“Apa khabar, encik? Saya ketua jabatan di sini, Hisyamri Munif,” Hisyamri berdiri menghulurkan tangan. Vincent berjabat tangan dengan Hisyamri.
“Vincent Sin,” kata Vincent.
“Omar Gibran,” kata Omar sambil berjabat tangan dengan ketua jabatan itu.
“Silakan duduk,” kata Hisyamri. Omar dan Vincent hanya menurut.
“Saya harap pegawai encik ada beritahu tujuan kami datang ke sini,” kata Vincent. Omar memandang satu persatu gambar dan carta organisasi dari tempat duduknya.
“Ada dan saya akan bantu semampu yang boleh.”
“Encik kenal mereka?” tanya Vincent sambil menghulurkan enam keping mangsa bunuh kepada Hisyamri. Hisyamri geleng.
“Tiga daripada mereka ada buat kad pengenalan baru di sini,” kata Vincent.
“Setiap hari beratus orang keluar masuk dari pejabat ni untuk buat kad pengenalan, encik. Kami tak ingat semua muka pelanggan kami,” kata Hisyamri. Baru sahaja Vincent ingin membuka mulut, Omar mengeluarkan pertanyaan,
“Gambar tu bila ambik?” Omar menunjukkan gambar yang diambil secara berkumpulan di hadapan sebuah bangunan di Putrajaya.
“Tahun lepas,” kata Hisyamri.
“Gambar ni?” jari Omar tertuju kepada gambar kumpulan yang sama tetapi mereka sedang berdiri di dalam studio dengan pakaian yang berbeza dari pakaian dalam gambar yang pertama.
“Tahun ni,” kata Hisyamri lagi. Omar bangun dan berdiri di gambar-gambar Hari Keluarga.
“Ni siapa? Muka dia banyak dalam gambar Hari Keluarga tapi tak ada dalam gambar kumpulan pekerja,” Omar menuding pada gambar seorang gadis yang tersenyum di antara banyak-banyak wajah. Hisyamri bangun dan menatap wajah yang Omar tunjuk.
“Oh, itu Jenny, kakak Janet. Jenny meninggal tahun lepas, accident. Janet ada sekali dalam kereta tu, tapi dia cedera parah. Orang yang langgar dorang tak dapat dikesan. Jenny sangat peramah orangnya. Kami semua sukakan dia. Kesian Janet, Jenny satu-satunya keluarga yang dia ada. Kevin pulak, sampai sekarang tak dapat terima kenyataan yang Jenny dah tak ada,” panjang lebar Hisyamri menerangkan.
“Siapa Janet, siapa Kevin?” Tanya Vincent.
...................................................................................
“Bunyi macam dendam,” Vincent membuat spekulasi.
“Tak baik tuduh macam tu. Bukti tak ada lagi,” tegur Omar. “Lunch hour dah masuk. Kau pergi interview Jenny punya boyfriend, aku nak interview Jenny punya adik.” Omar membetulkan rambutnya sebelum menghampiri seorang gadis kulit cerah bermata sepet yang masih melayan pelanggan di kaunter nombor 2.
“Good luck,” kata Vincent, lebih kepada diri sendiri. Dia menghampiri Kevin yang berada di kaunter ‘Pengambilan/Pemulangan kad’. Kevin sudah bergerak dari tempat dia duduk dan digantikan oleh seorang lelaki Melayu.
“Hai, I Vincent, Vincent Sin. Are you Kevin?” Tanya Vincent.
“Yes I am. Kevin Gao. There’s something I can help?” Tanya Kevin.
“I want to ask you a few things about Jenny. Is that okay?” Kevin agak terkejut dengan pertanyaan itu tetapi cuba bersikap selamba.
“Okay. Sekarang ke?”
“Ya. Mungkin kita boleh have lunch together,” Vincent lega Kevin menerima cadangannya.
...................................................................................
“You dah ada pakwe?” Tanya Omar. Janet hanya senyum.
“Tak ada,” jujur Janet menjawab.
“Kenapa tak ada? You cantiklah, takkan tak ada yang suka kat you. You yang memilih sangat kot,” kata Omar sambil menguis-nguis Nasi Goreng USA-nya. Mata Omar masih memandang wajah Janet. Janet malu-malu.
“Erm, boleh tanya soalan lain tak?” Tanya Janet. Segan dipandang begitu. Omar seakan sedar dari lamunan.
“Okay. Boleh tak ceritakan sikit pasal Jenny?” air muka Janet terus berubah.
“Janet seorang kakak yang sangat baik. Sejak parents kami meninggal, dialah mak saya, dialah ayah saya. God, I even don’t remember their faces anymore. Jenny is a good listener. Walaupun dia dah tak ada, saya selalu lawat kubur dia. I miss her so much. I even pindah duduk apartment sebab banyak sangat kenangan kat rumah Jenny,” air mata Janet hampir tumpah di situ. Omar menghulurkan sapu tangannya.
“Takziah saya ucapkan. Segala yang hidup pasti akan mati,” Omar cuba menenangkan Janet. “You ada sekali dengan Janet masa kemalangan tu berlaku kan? Boleh cerita sikit tak?”
“I tak berapa ingat sangat. Yang I ingat I tengah borak-borak dengan Janet pasal our next vacation. Tiba-tiba ada satu kereta masuk line kitorang and then saya kat hospital.”
“You tak tahu siapa yang langgar korang?”
“Tak. Kereta tu pasang lampu tinggi.”
“Erm, boleh saya tahu macam mana Kevin dan Jenny boleh couple?”
“Saya yang kenalkan dorang time Hari Keluarga. They were made for each other. Even the stars agree with me.”
“The stars?” Tanya Omar, aneh.
“We’re believe in horoscope. Jenny Taurus, I’m Capricorn and Kevin Virgo. Kalau ikut the star signs, Taurus and Virgo will live happily ever after,” kata Janet. Omar hanya mengangguk.
“Janet dapat kesan tak perubahan pada Kevin lepas Jenny meninggal?” tanya Omar lagi.
“Sejak Jenny meninggal, dia selalu pakai baju hitam. Tanda berkabung, katanya,” kata Jenny.
“And yeah,” Jenny seperti ingat sesuatu. “Time saya kat hospital, dia ada cakap nak cari siapa yang langgar kitorang dan nak bunuh orang tu slowly and painfully,” kata-kata Janet buat Omar meremang bulu roma.
.......................................................................................................................................................
“Dah berapa lama you couple dengan Jenny?” Tanya Vincent. Suasana di Restoran Pelita itu masih ramai dengan pekerja yang ingin menikmati makan tengah hari di situ.
“Dalam dua, tiga tahun,” kata Kevin.
“What do you think about her?”
“She’s incredible. Dia baik dengan semua orang. Bila orang marah dia, dia cuma senyum dan cakap minta maaf atau terima kasih. We love to watch the stars together. I never felt this way with another girl. I nak propose her that night. It’s just hurting me when I dapat tahu yang dia dah meninggal,” panjang luahan Kevin.
“Sorry to hear that. Selain you, siapa yang paling terkesan dengan kematian Jenny?” Tanya Vincent lagi.
“Janet, of course. Tanpa Jenny, Janet all alone,” kata Kevin.
“You kenal tak orang dalam gambar ni?” Vincent menghulurkan enam keping gambar. Kevin memerhatikan gambar tersebut satu demi satu dan menggeleng. Tiba-tiba dia berhenti pada gambar Malik.
“Something’s wrong?”
“This guy. Dia ada buat IC baru kat pejabat kitorang around six, seven months ago. First time Janet nampak muka dia, Janet macam nak marah. Maybe sebab this guy dah menyusahkan orang ramai hari tu.”
“What kind of menyusahkan?”
“Things like ke kaunter tanpa nombor giliran, mengamuk bila pegawai kami nasihatkan ambil nombor giliran dulu, cuba nak rempuh bilik ketua pejabat, buat bising tak tentu pasal. Tak ramai yang buat macam tu kat pejabat kami.”
.......................................................................................................................................................
Malam itu Omar sedang minum Cool Blog Cappuchino tanpa pearl dengan rainbow topping dengan nikmatnya di dalam pejabat milik Omar manakala Vincent melayan Coral Blue dengan pearl sambil menaip sesuatu di dalam komputer ribanya. Vincent akan pastikan hanya satu pearl bubble yang akan masuk ke dalam mulutnya untuk setiap hirupan. Omar sendiri tak pasti kenapa.
“I yakin ini kerja Kevin,” kata Vincent.
“Kan aku dah cakap, tak baik tuduh orang macam tu. Kalau nak tuduh, kena ada bukti,” nasihat Omar.
“Kita perlu bukti apa lagi? Kevin nak balas dendam kematian Jenny, tapi dia tak tahu siapa antara enam. Jadi dia bunuh semua.”
“Kau ingat ni ‘Enam Jahanam’?” Omar menghulurkan sekeping kertas pada Vincent.
“Mangsa nombor tiga, Syafikah Zainal, takde lesen kereta. Keluarga mangsa pun cakap the only thing yang dia boleh tunggang or pandu is basikal,” kata Omar lagi.
“I tetap yakin ni kerja Kevin,” kata Vincent.
“Tapi aku tak faham, kenapa dalam ramai-ramai orang yang keluar masuk pejabat JPN tu hari-hari, enam orang tu je yang suspek pilih untuk bunuh?” Omar bertanya tapi tak tahu nak ditujukan kepada siapa. Vincent masih melayan komputer ribanya.
“At least I know why you didn’t like me,” tiba-tiba Vincent bersuara.
“Ye ke? Aku ada cakap ke aku tak suka kau? Takde kan?”
“Tapi bintang kau cakap the opposite.”
“Bintang aku?” Tanya Omar.
“You are Leo, and I am Aquarius. See, match made in Hell,” Vincent memusingkan komputer ribanya dan terpampanglah skrin seekor singa sedang disimbah air dari dalam pasu oleh seorang perempuan cantik di depan mata Omar. Omar melihat sekilas dan kembali duduk bermalas-malas di kerusinya.
“Aku tak percaya semua tu. Perasaan dan masa depan kita, kita sendiri yang corakkan, bukan bintang yang melongo atas langit tu,” kata Omar sambil menghirup lagi Cool Blog-nya. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Diletaknya Cool Blog ke tepi dan mula mengambil enam keping kertas yang memaparkan maklumat peribadi mangsa.
“What are you doing?” Tanya Vincent.
“Walaupun aku tak percaya, tapi aku tahu serba sikit pasal bintang dan horoskop. Mangsa pertama, Malik lahir pada 3 Ogos 1984. Dia sama bintang dengan aku, Leo, kan?” Vincent angguk.
“Next, Laila, mangsa nombor 2, lahir pada 28 Oktober 1989,” kata Omar.
“Scorpio,” pintas Vincent. Omar mengangguk.
“Mangsa nombor 3, Syafikah, 30 Julai 1992.”
“Another Leo.”
“Mangsa nombor 4, Micheal, 1 Febuari 1986.”
“As same as me, Aquarius.”
Mangsa nombor 5, Vivian, 25 Januari 1990.”
“Another Aquarius.”
“Last but not least, Danial, 15 November 1988.”
“One more Scorpio down,” Kata Vincent.
“Dan siapa yang lebih tahu hari jadi dorang kalau bukan keluarga, teman rapat atau...”
“Orang yang kerja JPN. I dah agak Kevin yang buat kerja ni,” Vincent terus tutup komputer riba, masukkan ke dalam beg dan keluar dari pejabat Omar.
“Kita kena cari ...” Omar tidak sempat menghalang, Omar terdengar bunyi Vincent menutup pintu utama Pejabat GLOBAL AINUN Sdn. Bhd. “... bukti dulu.”
.......................................................................................................................................................
Vincent menunggu Omar di hadapan kereta MyVi hitam milik Omar. Dia terlalu ghairah ingin menangkap Kevin sampai terlupa yang dia masih belum ada lesen memandu. Sedang dia menanti Vincent ternampak Janet terjenguk-jenguk di pintu bangunan yang dia keluar sebentar tadi. Vincent menghampiri lantas menegur.
“Miss Janet? I’m a friend of Omar, Vincent Sin,” Vincent menghulurkan tangan. Janet membalas jabatan tangan Vincent.
“Apa yang you buat kat sini? Malam-malam pulak tu,” Tanya Vincent.
“I need to talk to Omar. It’s about Kevin,” kata Janet.
“Okay. Why don’t you tell me? We can grab a drink or something. Omar will be pleased if you can help him in any way you can.”
“Okay. My car is over there,” Janet menunjukkan sebuah kereta Kancil warna kelabu tidak jauh dari mereka.
.......................................................................................................................................................
Setelah gril pintu JPN itu berjaya Omar kopak, dia menekan nombor pin yang berada di situ. Terima kasih kepada salah seorang sumbernya, pintu itu dibuka tanpa masalah. Dia terus ke tempat Kevin bekerja.
Kegelapan tidak menghalang Omar membuka segala laci dan fail di kawasan kerja Kevin itu, tetapi tiada apa yang dapat mengaitkan Kevin dengan enam kes pembunuhan yang disiasatnya. Fail-fail dalam komputer Kevin dilihat sekilas. Hampa.
Dia mengeluh, kemudian memandang kaunter tempat kerja Janet.
“Apa salahnya?” senyuman gatal terpamer di wajah.
Dia membuka setiap laci meja Janet. Tiada apa yang berkaitan sehinggalah dia merasakan laci terakhir dikunci. Omar kopakkan laci itu dan perkara pertama yang dia lihat adalah sekeping gambar Janet dan Jenny di hadapan sebuah banglo. Dia memegang gambar tersebut dan membelek belakang gambar itu. Tulisan tangan dengan perkataan ‘Home Sweet Home’ terpamer di situ. Di dalam laci itu juga terdapat satu fail yang dipenuhi dengan maklumat peribadi orang awam yang berzodiak Leo, Aquarius dan Scorpio. Maklumat peribadi pertama yang dilihat apabila fail itu dibuka adalah miliknya, Omar Gibran.
“Don’t judge a file by it’s color,” kata Omar, perlahan. Dia terpandang pula komputer peribadi atas meja Janet. Satu fail dengan tajuk ‘Gone For Good’ menarik minatnya. Terpampanglah gambar-gambar enam mangsa yang dibunuh dan latar belakang mangsa. Gambar yang paling banyak adalah gambar Malik.
.......................................................................................................................................................
“Sorry, line depan toilet panjang sangat,” Tanya Vincent.
“Takpe. I tak pergi mana pun,” Janet menyulam senyum menawan.
“So, are you sure yang Omar is Kevin’s next target?” Tanya Vincent lagi.
“Yes. I’m sure about that. I try contact Omar, tapi tak ada yang angkat.”
“Itu pelik. Selalunya dia tak pernah berenggang dengan telefon. Lebih-lebih lagi if a girl as pretty as you call him.”
“Do you think I’m pretty?” kata Janet sambil menyentuh lembut tangan kiri Vincent. Vincent tak keruan. Air sirap diteguknya hingga habis.
“Of course. Siapa yang cakap you tak lawa, dorang bukan setakat buta but stupid,” kata Vincent.
“Aww... You’re so sweet.”
“But my lips aren’t made from sugar, or honey” seloroh Vincent buat Janet ketawa.
“I tak tahu yang you ni kelakar orangnya,” manis Janet berbicara.
“I pun tak sangka yang I ni kelakar,” kata-kata Vincent buat Janet semakin ingin ketawa. Tiba-tiba Vincent rasa pening. Wajah Janet dilihat ada lima orang, berpusing di matanya.
“You cakap you Aquarius kan?” Vincent hanya mengangguk dalam lemah. Dia sendiri pun tak tahu, ketawa Janet, entah kenapa telinga Vincent merasakan ada hilaian kejayaan di situ.
.......................................................................................................................................................
“Mana pulak pergi budak bertuah ni?” Omelan Omar diringi langkahnya ke MyVi hitam miliknya. Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, fail yang ditemui dan gambar Janet dan Jenny itu diletakkan di sebelahnya. Nombor telefon Kevin didail.
“Hello, Encik Kevin. Saya kawan Vincent. Saya nak mintak maaf sebab dia serang encik tiba-tiba. Boleh bagi telefon pada dia?” Itu ungkapan pertamanya sebaik sahaja Kevin mengangkat telefon.
“What are you talking about? Vincent tak datang jumpa saya hari ni. He’s not here,” kata Kevin.
“Tak jumpa encik? Habis tu dia...” Omar terpandang fail dan gambar Janet dan Jenny. Dia cuba bermain nasib.
“Encik tahu mana rumah Jenny kan? Nanti saya datang ambil encik,” Omar matikan talian dan memecut ke jalan raya.
.......................................................................................................................................................
Vincent tak nampak apa-apa walaupun dia pasti matanya terbuka luas. Bunyi besi berlaga dengan batu yang didengarinya juga tidak kelihatan. Dia biarkan matanya menerima cahaya yang sangat minima di dalam bilik itu. Tangan dan kakinya terikat pada sebuah kerusi besi, menyukarkannya untuk bergerak. Semua perabot di dalam bilik itu ditutupi dengan kain putih.
Bunyi besi berlaga dengan batu itu sudah tidak kedengaran lagi. Hanya bunyi cengkerik dan burung hantu memecah kesunyian. Sedang dia masih lagi cuba mengumpul memori terakhir bagaimana akhirnya di di situ, tiba-tiba dia terdengar derap langkah seseorang menaiki tangga.
“TOLONG! SAYA KENA IKAT KAT DALAM NI!” Vincent menjerit sekuat hati, tapi bunyi derap langkah itu masih seperti tadi.
Apabila pintu bilik itu dibuka, bilik itu menjadi terang. kelihatan Janet memakai pakaian putih sambil memegang pisau panjang.
“Musuh Taurus sudah bangun? Best tak tidur? Jangan risau, nanti I takkan kacau you tidur lagi,” suara Janet seperti tenggelam dan kasar, berbeza dengan suaranya di kedai makan tadi.
“Musuh Taurus? You’re the killer? But why?”
“Really, why do you need an explanation? You’re gonna die. Tak guna I bazir air liur untuk orang yang nak mati,” kata Janet.
“Well, maybe my curiosity are much more important than my life.” Vincent cuba menjadi yakin.
“Curiosity kills a cat, especially when the cat born under the wrong star.”
“What’s wrong with the star?”
“THE STAR KILL MY SISTER. My kind, sweet sister.” Janet seperti hilang akal. Sekejap menjerit, sekejap menangis, sekejap senyum. Tiba-tiba dia mengangkat pisau setinggi yang boleh, membidik tepat ke arah jantung Vincent.
Satu bunyi tendangan ke arah pintu utama membantutkan tujahan pisau Janet. Dia melihat ke arah pintu kamar sebelum perlahan-lahan berpaling ke arah Vincent.
“The real deal is here,” katanya dalam senyum sinis.
.......................................................................................................................................................
Memandangkan pintu utama berkunci dari dalam, tanpa membuang masa Omar terus menendang pintu tersebut. Mujur rumah banglo dua tingkat itu terletak di atas bukit dikelilingi hutan dan jalan tar di hadapan, kalau tak jenuh dia nak bagi penjelasan kepada jiran-jiran.
Dia masuk dengan pistol di tangan. Pistol hadiah Encik Daud selepas dia mendapat lesen senjata api itu dipegang kejap. Dia memasuki kesemua bilik di tingkat bawah. Kosong. Omar terus naik ke tingkat atas.
Baru sahaja dia menendang pintu bilik yang pertama di tingkat atas itu, tiba-tiba dia terdengar suara seorang lelaki terpekik tetapi suaranya seperti dihalang sesuatu di bilik ketiga. Dia ke pintu bilik itu dan membukanya secara berhati-hati sebelum mengacukan pistolnya ke dalam bilik itu. Kelihatan Vincent yang kaki dan tangannya telah diikat di sebuah kerusi manakala mulutnya ditutup dengan kain putih. Dan mata Vincent seperti mengatakan sesuatu kepada Omar.
“Jangan risau, Vincent,” kata Omar sambil menolak pintu bilik itu dengan sangat kuat sehingga menghimpit Janet yang bersembunyi di belakang. Janet rebah dengan darah mengalir di bibir.
“Taktik filem lapuk,” kata Omar lagi sambil memandang Janet yang sudah pengsan. Dia terus membuka ikatan Vincent.
“Kau okay?” tanya Omar. Vincent lega kain putih itu dikeluarkan dari mulutnya.
“Janet is the killer,” kata Vincent.
“I know,” balas Omar.
“Janet nak balas dendam atas kematian Jenny,” kata Vincent lagi.
“I know,” balas Omar.
“Dia ada pegang pisau... and she’s standing behind us holding it. She look pissed off,” kata Vincent.
“Yang tu, I baru know,” kata Omar sebelum dia menolak Vincent ke tepi dan melantunkan dirinya ke arah bertentangan, menyebabkan Janet tersembam di kerusi besi. Janet dan Omar bangun serentak, dengan Janet bersedia untuk menyerang dengan pisau dipegang kejap dengan kedua belah tangan. Pisau panjang itu kini menjadi pemisah antara Janet dan perut Omar. Vincent pula membelakangi Janet, terbaring lemah.
“Stop! Aku tahu kenapa kau bunuh Malik. Kevin ada bagi tahu kau marah dengan perangai dia kat pejabat kau. Tak, kau tak marah sebab tu, kau marah sebab kau ingat muka dia, orang yang dah langgar kau dan yang buat kakak kau meninggal kan?”
“Dia memang patut mati. Sebelum kemalangan, kitorang tilik nasib, kalau ikut tilik nasib tu, Jenny tak patut bertembung dengan mana-mana Scorpio, Leo dan Aquarius hari itu dan dia akan menemui kebahagiaan. Dia percaya, mana-mana kawan kitorang yang lahir under bintang-bintang tu ajak dia ke mana-mana, dia tolak cara baik. Dia gembira hari tu nak berakhir. But in the end...” Janet tak dapat meneruskan ayatnya. Hanya linangan air mata yang keluar. Omar masih berwaspada.
“At first, I don’t understand. Tapi lepas I baca dia punya profile. I faham. I hancurkan jantung dia yang dah rosak tu macam air batu. I rasa I dah buat keadilan untuk kakak I,” Janet tersenyum bangga.
“Macam mana dengan lagi lima tu? Apa salah dorang pada kakak you?” Tegas Omar bertanya. Omar dapat lihat dari bahu Janet, Vincent sedang bangun dengan susah payah dan ternampak pasu yang terkeluar dari susunan kain putih.
“They’re born under the bad sign. They deserve to die! And so do ...” belum sempat Janet menghabiskan ayatnya, Vincent mengetuk kepala Janet dengan pasu yang dijumpai. Tetapi malang bagi Vincent, gara-gara bahunya sangat sakit ditolak Omar menyebabkan ketukannya sangat perlahan dan tidak mencederakan Janet langsung. Sebelum Janet sempat berpaling dan menghunus pisau panjang ke arah Vincent, Omar menarik pergelangan tangan Janet dan memulasnya ke belakang sehingga pisau itu terlepas dari pegangan. Beberapa saat kemudian kedengaran siren kereta polis membingitkan suasana malam di banglo itu.
“Tak sia-sia aku bagi pinjam MyVi aku kat Kevin,” Omar berkata perlahan.
“Looks like your free ride to prison is here,” kata Vincent sebelum mengambil pisau panjang menggunakan kain putih.
.......................................................................................................................................................
Omar dan Vincent duduk di kawasan ambulans sambil melihat Janet yang sudah digari menuju ke kereta polis. Dia meminta kebenaran untuk bercakap sebentar dengan Omar.
“You’re a great detective,” kata Janet, masih dengan suara yang tenggelam dan kasar. “But you Leo and him, Aquarius. Korang match made in Hell, enemy forever. Kenapa kau masih nak tolong dia?”
“Hati orang, milik orang, bukan milik bintang. Apa yang membezakan hati dan bintang ialah hati ada perasaan, bintang ada apa? Cahaya yang dah lama mati. Hanya orang bodoh je yang akan percaya kat bintang seratus peratus,” kata-kata Omar buat Janet diam dan polis-polis wanita tadi terus bawa Janet ke kereta peronda.
“Walaupun I terasa dengan apa yang you cakap tadi, thanks bro,” kata Vincent. Omar senyum lantas menepuk bahu Vincent yang masih terasa sakit.
.......................................................................................................................................................
Seminggu sudah berlalu. Seminggu jugaklah Encik Daud tidak memberikan apa-apa kes kepada Omar. Jadi dia mengajak Vincent ke KLCC untuk membeli lebih banyak komik memandangkan Comic Fiesta sedang berlangsung.
Omar berehat di bangku berdekatan dengan kolam di luar KLCC setelah keluar masuk dewan. Paperbag pelbagai jenis lukisan kartun kelihatan penuh di kiri kanan Omar. Saat dia melepaskan lelah, sesuatu yang sejuk menyentuh pipinya. Dia mengharapkan Cool Blog Cappuchino tanpa pearl dengan rainbow topping tetapi hampa kerana hanya semangkuk aiskrim Gelato Italian warna coklat cair yang menggunung di dalam mangkuk kecil merah muncul di hadapan matanya.
“My treat,” kata Vincent sambil tersenyum.
“Ala, Cool Blog takde ke?”
“Out of radar,” kata Vincent, menggoyangkan mangkuk kecil merah itu ke kiri ke kanan. Omar ambil lalu merasa sedikit.
“Cappucino. Kau selamat,” kata Omar sambil menyuapkan sesudu lagi aiskrim ke dalam mulutnya. Vincent duduk di sebelah Omar sambil makan aiskrimnya yang berwarna hijau.
“Nak tanya boleh?” Tanya Vincent. Omar mengangguk.
“Kenapa you boleh hundred percent sure Jenny is the killer?”
“Bintang adalah salah satu memori indah Kevin dan Janet. Tak mungkin seorang kekasih akan hancurkan memori indah bersama dengan orang yang dia sayang. Tak gitu?”
“Tapi Jenny pun sayang kakak dia,” Vincent seperti membangkang.
“Cinta antara stranger dengan cinta antara siblings lain sangat. Nanti bila kau dah rasa cinta tu macam mana, kau boleh tahu perbezaan dia,” Vincent mengangguk, akur.
“Tapi I peliklah, macam mana you boleh tahu Jenny, Janet and Kevin ada kaitan dalam kes ni?” Tanya Vincent lagi. Omar tersenyum.
“Kau ingat tak aku tanya pasal gambar yang dorang ambik secara berkumpulan tu?”
“Yang tahun lepas and tahun ni punya gambar? Ingat.”
“Gambar dorang tahun lepas, semua ceria. Senyuman dorang professional, sangat seragam. Gambar tahun ni ada sleck sikit. Hanya muka Kevin dengan Janet je yang senyum tak berapa nak menjadi, mungkin sebab kemalangan tu masih berbekas lagi kot pada dorang, lagi pun walaupun Janet tengah duduk, aku boleh nampak ada balutan simen kat kaki dia,” panjang lebar Omar menjawab.
“You memang pandailah. Dalam gambar pun you boleh nampak macam-macam,” kata Vincent.
“Siapa suruh dorang tangkap gambar pakai DSLR,” seloroh Omar buat Vincent senyum. “Macam mana dengan essay kau tu?”
“Cikgu mintak I ikut the real private investigator, bukan imagine it from my mind. But hey, I passed. That’s still a good news, right?” Vincent cuba untuk tidak mengeluh. Omar bangun dengan ceria dan membuang mangkuk aiskrim yang sudah licin ke dalam tong sampah berdekatan.
“Dah namanya berita baik, kenalah celebrate dengan benda yang best,” Omar mengangkat paperbag-paperbagnya dan menuju ke kereta MyVi hitam.
“Where are you going?” Tanya Vincent, cuba untuk menghabiskan aiskrim hijaunya sambil berjalan mengikuti Omar.
“Cari Cool Blog. Gelas dorang lagi besar,” kata Omar dan terus masuk ke dalam kereta.
GIANT SHAH ALAM
03/12/2012
*DIINPIRASIKAN DARI LAGU ‘TAURUS: PENAWAR RINDU’ NYANYIAN IMRAN AJMAIN, DAYANG NURFAIZAH DAN ALTIMET
Tiada ulasan:
Catat Ulasan