Memaparkan catatan dengan label Akemi Siegel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akemi Siegel. Papar semua catatan

3.3.13

Kemelut dari Timur

Oleh / By: Akemi Siegel


Engkau yang Maha Kuasa,
kurniakanlah rahmat-Mu ke atas negara ini,
serta jadikanlah ia benar,
kami mohon atas kebebasan dan keadilan,
serta ukhuwah bagi semua.

Peliharalah kami dari perang,
dari api dan bencana,
dari kompromi, kekeliruan dan ketakutan.

Hendaklah para pemimpin dan para pejuang negara ini dekat kepada-Mu,
berikanlah mereka keberanian,
tajamkanlah penglihatan,
demi pengorbanan untuk keamanan dan masa depan negara.

Bagi kami di sini,
jadikanlah kami lebih sedar dan mengetahui,
agar kami selalu ingat,
tentang hak dan tanggungjawab kami sebagai warga.

Jadikanlah negara ini satu,
serta seluruh rakyatnya.

Kami mohon, dengarkanlah doa kami.

#PrayForLahadDatu #PrayForSabah #PrayForMalaysia

8.11.12

Balik ke pangkal jalan

Oleh / By: Akemi Siegel


"Aku dah tak boleh balik ke pangkal jalan..."

"Tak ada U-turn untuk aku dah..."

"Kini aku dah sampai ke penghujungnya..."

Aaahhh!

Pintu bilik terbuka. Meja kotor. Angah terlopong.

30.10.12

5 hari lagi

Oleh / By: Akemi Siegel


yang tersisa
5 hari lagi
yang tertinggal
5 hari lagi
baki kasih sayang kita
atau mungkin baki kasih sayang aku
kepadamu
aku tak pergi
aku tak mati
tapi kau yang pergi
aku tertinggal
aku tinggal
di sini

resah
gila
sakit aku memikirkan
sakit aku memikirkan
kau akan lebih sakit dari ini
tapi mungkin juga
kau tidak
kau anggap biasa
kerana kau adalah kau

bila terucap
bila termuntah
aku berlengah
berlari
laju
detaknya pun laju
aku mau berhenti
detak berhenti
tapi kaki masih
"Berhentilah! Berhenti!"

Sebenarnya aku mau dipulangkan.

29.10.12

___ di mana?

Oleh / By: Akemi Siegel


Semangat di dapur
Hasrat di meja dapur
Panas di peti sejuk
Bara di sinki

Laju di ruang tamu
Perlahan di sofa
Keterlaluan di meja
Pedih di hamparan

Reda di bilik cucian
Hangat di mesin basuh
Cita di kain kotor
Sungguh di mesin pengering

Indah di ruang makan
Hebat di meja makan
Kuat di kerusi
Buruk di pinggan

Semalam di taman
Hari ini di mawar
Esok di daun semanggi
Selalu di dafodil

Seronok di pejabat
Cerah di meja
Tak boleh lari di komputer meja
Baik di alat cetak

Berulang di bilik tidur
Ketagihan di beranda
Menggiling di lemari
You & I di katil

1.9.12

Pencuri yang suka mencuri dan bercakap sendiri

Oleh / By: Akemi Siegel


Minggu lepas di kedai runcit India. Pencuri mengambil aiskrim 20 sen tanpa dilihat pemilik kedai runcit yang sedang sibuk mengira wang di kaunter. Ketika menjilat aiskrim dengan enak di belakang kedai runcit India itu juga, tiba-tiba...

Aku enda kisah kau gondrong ka, gurongit ka, gangster ka, itulah yang aku suka sama kau. Kalau kau jadi aiskrim, kau mesti jadi aiskrim perisa durian. Sebab tu faveret aku. Aiskrim perisa durian
Malam Sabtu di rumah orang kaya. Orang kaya enda ada, rumah ada. Dia orang balik beraya di kampung. Pencuri pecah masuk. Senang-lenang dia mundar-mandir di rumah itu lalu ke bilik anak orang kaya yang mewah dan baring di katil yang empuk. Tiba-tiba...

I see you. Aku nampak kau. Masa aku baring atas katil, tangan lurus, aku nampak kau. Tapi kau enda ada, enda ada depan-depan, enda ada di sebelah, enda ada atas aku. Eh ilusi aku rupanya. Ilusi ka fantasi? Macam dalam lukisan dinding ni pula. Baik buka tingkap tengok bintang. Banyak bintang malam ni! Okkokkokkok! Sudah pagi. Bunga matahari yang tumbuh nun di bukit sana berkembang dan berwarna jingga terang. Pergi mana-mana pun bunga matahari ni selalu ada! Suka ikut orang! Ish tadi aku cerita pasal kau kan, kenapa boleh ada bunga matahari pula.

"Lai wo qing ni!"

Hari ni pencuri off-day. Ada orang yang dia suka belanja dia makan. Dia mau ja cakap...

Kau! Aku suka kau dari mula lagi, dari kita kenal. Aku suka cara kau bercerita, cara kau berjalan dari belakang, cara kau minum lemon teh ping dengan straw sambil tengok Aunty Tai Fatt masak mi goreng Tuaran yang kau order. Eee, makin hari makin aku suka kau!

Malam Jumaat.

Kau lagi terang dari bintang, lagi cantik dari bunga matahari. Percayalah weh! Aku enda main-main. Aku enda kisah parut-parut di kulitmu, aku tau kau bekas gangster dan sekarang kau sudah kepala gangster. Aku enda kisah parut-parut di hatimu, aku tau masa silam kau masa kau bercinta dengan polis perempuan yang hampir meragut nyawa kau. Aku cuma mau curi hati kau!

Pisau lipat di tangan disimpan. Pencuri baring di sebelah Gondrong. Berdengkur.

gondrong = rambut afro
gurongit = kuat marah
enda = tak/tidak
lai wo qing ni = mari saya belanja (dalam Mandarin)
lemon teh ping = iced lemon tea
mi goreng Tuaran = mi goreng femes di Sabah

22.6.12

trollolollolol

Oleh / By: Akemi Siegel



UPLOADER: Akemi Siegel
TITLE: Final Exam

P/S: Untuk kawan-kawan yang nak hadap final exam, hati-hati ke dewan periksa ya! Semoga berjaya. Oh kalau freak out tak boleh jawab soalan, mai lah sini tempat tenang :)

6.4.12

Baju Hitam

Oleh / By: Akemi Siegel


Semalam, Khamis. Pukul 7.05 petang.

"Mana kau?" Bentuk mesej yang ditaip dan dihantar. Sebenarnya, di sini adalah kawasan yang melarang penggunaan telefon bimbit.

"Sekejap lagi sampai." Dibalas. 3 minit selepas, telefon bergetar lagi.

"See me? Black jacket and my mom's white. Front, mid-right."

Cari-cari. Jumpa.

"I see you."

Hai baju hitam berkolar putih, kau pakai jaket hari ni? Wah, mak kau dah tukar warna rambut. Tapi masih rock.

Hari ini, Good Friday. 4.05 petang.

Hai baju hitam, hari ni kau duduk belakang. Masa kau beratur ke depan baru aku nampak. Rambut tak ubah macam 4 tahun lepas. Janggut kambing kau, ADA. Tak pernah nampak kau cukur. Kau tinggi dan berisi. Baiklah, bisep kau ADA. Sejak bila pergi gim?

Malulah aku nak keluar dengan kau. Kau tunggulah aku hilangkan lemak bawah dagu ni dulu, ya?

20.1.12

Anak Cina

Oleh / By: Akemi Siegel


Ada hati kahwin dengan anak cina ya? Sebelum tu, kau kena kenal dulu dia macam mana...

1. Anak cina kalau dapat hadiah, dia takkan koyak kertas hadiah tu macam yang kau buat. Dia buka perlahan-lahan dan dengan hati-hati. Supaya tahun depan dia masih boleh guna kertas hadiah tu untuk kasi hadiah dekat kau pula.

2. Bila ada jualan murah tisu tandas, yang dia orang panggil "Da Jian Jia", dia akan beli banyak-banyak lepas tu simpan dalam lemari. Beli sekarang murah maa!

3. Lapis meja makan kena pakai yang plastik punya. Vinyl.

4. Dapur kena lapis dengan aluminium foil. Supaya senang nak buang kalau terkena kotoran minyak yang melekit.

5. Peti ais tak pernah kosong, dari awal tahun! Mesti ada saja yang kena sumbat.

6. Setiap masa, pagi, petang dan malam, botol panas mesti kena ada air panas. Dah sejuk, masak lagi yang baru! Dah masak air, masuk dalam peti sejuk. Air sejuk.

7. Apa saja makanan yang ada dekat dapur, kena makan sampai habis.

8. Anak cina suka simpan beg plastik dan tin-tin. Nanti kalau dah banyak boleh jual. Beg plastik tu guna untuk plastik sampahlah!

9. Masuk rumah mana boleh pakai selipar! Letak tepi pintu.

10. Kalau pergi rumah anak cina, mesti ada nampak piano. Dia mesti pandai main alat muzik, kalau bukan piano atau organ mesti biola.

11. Anak cina gosok baju sendiri. Bukan macam kau.

12. Lepas makan mesti cungkil gigi. Masih di meja makan ni. Cuma lebih sopan sikitlah, cungkil gigi sambil tangan tutup mulut.

13. Anak cina tak suka membazir makanan! Biarpun dia dah kenyang, perut dah buncit, kalau kau kata nak buang saja lauk yang tinggal tu, dia akan habiskan juga. Kalau lauk tak habis pun, simpan dalam bekas lepas tu simpan dalam peti sejuk.

14. Dia orang ni bukannya ada bekas menyimpan makanan pun. Paling-paling, bekas Planta bekas marjerin yang dia orang guna untuk simpan makanan.

15. Suka makan aiskrim potong. Alah, aiskrim Raja Kacang yang warna pink tu.

16. Kalau datang melawat rumah orang, dia mesti bawa limau sebagai buah tangan. Kalau bukan limau, adalah yang lain tu. Tapi dia orang tak pernah tak bawa buah tangan.

17. Kalau pergi jalan mana-mana yang memerlukan waktu perjalanan melebihi 15 minit, kena bawa makanan bersama. Makanan ringanlah macam kacang, sotong kering. Apa-apa sajalah asalkan kering.

18. Sebelum masak nasi, dia cuci beras 2 hingga 3 kali. Bagi bersih betul-betul!

19. Tulang atau sisa makanan yang dia orang makan, dia orang buang atas meja. Ni masa makanlah. Buang tepi pinggan. Sebab tulah dia orang pakai lapis meja plastik. Senang nak bersihkan.

20. Kalau makan dekat luar, mesti gaduh pasal siapa yang kena bayar.

21. Bapa anak cina ni sangatlah hebat. Semua benda dia nak buat sendiri.

22. Anak cina kalau tak belajar jadi jurutera, doktor atau peguam bukan anak cina.

23. Anak cina tinggal dengan parents, biarpun umur dah 30. Kalau dah kahwin dan umur 30, kau kena duduk rumah apartemen sebelah rumah parents kau, tak pun tinggal dalam kawasan kejiranan yang sama.

24. Tak adanya nak guna alat pengukur, main agak-agak sajalah!

25. Pukul telur kenalah pakai chopsticks.

26. Cawan ada tutup. Popo aku macam ni lah, eh aku ni anak cina ke?

27. Dalam laci penuh dengan pen-pen lama, yang dah habis dakwat.

28. Pengguna kuali yang tegar!

29. Anak cina suka cerita-cerita Kungfu, Shaolin, Wushu semua tulah. Bagi dia orang, semua tu ada makna.

30. Tak pernah kol parents biarpun sekadar bercakap "Hai!".

31. Selalu masak banyak-banyak. Sedangkan orang rumah tak ramai.

32. Kalau parents kol, mesti tanya "Sudah makan?". Tak kira waktu, tanya di tengah malam pun ada. Itu kalau tak duduk rumah. Lagi satu kalau tak duduk rumah, parents pandai mau suruh balik juga rumah.

33. Kalau sakit, parents suruh jangan makan makanan goreng-goreng. Nanti bikin tambah panas badan. Mesti makan rebus punya!

34. Pergi tengok wayang? Tak pernah. Parents dia oranglah!

35. Selalu lambat? Ya.

36. Setiap butir nasi mesti makan sampai habis, sampai licin, sampai tiada lagi butir nasi yang tinggal. Jangan membazir!

37. Pasal barang kemas, pasal barang elektronik, dia orang kenal sama pakar dia.

38. Hubungan cinta? Pak tor? Anak cina tak pernah cerita pasal ini sama parents dia orang.

39. Susah kalau tak dapat keputusan terbaik di sekolah, nanti kena marah bapa oh!

40. Parang cina, tau? Dia orang suka simpan. Tiap kali guna mesti asah, habis guna pun mau asah. Mesti selalu tajam oh!

41. Duit banyak-banyak bukan simpan bawah bantal oh. Itu kau, dia orang simpan dalam bank maa.

42. Ubat gigi, anak cina guna sampai kempis, nipis macam kertas. Selagi boleh picit, guna sajalah sampai tak boleh nak picit lagi!

Sekarang kau sudah tau kan, macam mana masih mau kahwin sama saya? HEHE, Selamat Tahun Baru Cina ya anak-anak cina Malaysia!

15.12.11

AKU

Oleh / By: Akemi Siegel



Ini bukan filem Insidious yang seram tu tau. Aku agak monyet-monyet anti darwin ni semua dah tengok short ni. Dalam dunia ni, ramai orang nak sangat jadi diri depa sendiri. Apa orang kata, be yourself? Tapi kita tak sedar sebenarnya dalam menjadi diri sendiri itu kita sudah menjadi seperti manusia lain. Kau cakap, "Aku adalah aku!". Jadi kau banggalah? Manusia-manusia lain pun banggalah dengan kau?

Cuba kau cakap, "Aku adalah aku!". Dalam diri kau tu ada berapa "aku"? Orang kata payah bila ada nama macam-macam. Lagi payah kalau ada personaliti macam-macam. Otak ada satu saja tapi boleh fikir macam-macam. Manusia tak tau semakin dia bijak semakin banyak bahaya mengancam. Kalau aku, cita-cita aku nak jadi psikopat. Kelebihan aku adalah mengunyah setiap persona yang ada, telan dan muntahkan balik satu-satu.

24.11.11

KLASMET

Oleh / By: Akemi Siegel


Yang suka angkat tangan tanya macam-macam soalan
Yang suka jadi volunteer
Yang selalu guna ayat "macam mana kalau/what if..."
Yang ada alahan, selalu bersin dan batuk-batuk di setiap 10 minit
Yang mata berkaca-kaca
Yang ada koleksi tisu-tisu terpakai
Yang selalu pakai telefon
Yang suara lantang bila sembang
Yang tak pernah matikan atau senyapkan nada dering telefon (volume kuat) biarpun sudah beberapa kali ditegur
Yang boleh kedengaran bunyi getaran telefonnya kerana diletak atas buku atau dalam beg
Yang ada bau tak kira masam, wangi atau tak gosok gigi
Yang tak sibuk hal orang
Yang selalu sibuk dengan kerja
Yang mengamalkan diet dengan kopi, rokok dan sayur-sayuran
Yang duduk sorang-sorang
Yang suka KETAWA, GELAK KUAT-KUAT
Yang rasa semua perkara itu kelakar
Yang terbantut sedikit atau lambat pick-up
Yang tidak berbahaya
Yang selalu datang lambat balik awal, sama ada dianggap penyamun, latecomers atau hero last minute
Yang selalu menghadapi kecemasan
Yang mengalami mental breakdown ketika berada di dalam kelas
Yang selalu dipulaukan sama ada sengaja atau tidak sengaja
Yang kemas dan sangat teratur
Yang ada pengikut setia, pembantu, tukang supply atau anak ikan
Yang ada barang-barang lengkap seperti stapler yang tidak dipunyai kawan-kawan lain dan selalu menjadi pinjaman
Yang ada buku atau jurnal dengan tulisan atau sticky note warna-warni
Yang kuat control orang
Yang tak bersedia
Yang jadi patung dalam kelas
Yang selalu pinjam pen atau kertas (tak bawa apa-apa datang kelas)
Yang tak boleh ajak makan sama-sama
Yang sangat KEPOCHI, MULUT BESAR TAK BERHENTI CAKAP
Yang bertolak ansur
Yang suka dipuji
Yang suka senyum (tak kira senyum apa)
Yang selalu datang kelas dengan perut kosong, tak pernah tak lapar dalam kelas
Yang muka sedih, muka tahan sakit
Yang kentot lepas tu buat-buat macam biasa

P/S: Cuba teka saya yang mana?

7.11.11

KAROK

Oleh / By: Akemi Siegel


Jom KAROK! Hang toksah dok risau suara macam itik, sengau macam perian pecah. Yang penting, jangan tak keluaq suara. Pasai empat jam dalam kotak K, hang boleh rasa macam naik stage AF. Juri tadak. Hang nyanyi la burok macam mana pun, off key ka tiun lari ka, kawan dah biasa dah. Habih hang nyanyi, kami tepuk jugak.

Antara Jakarta dan Penang, kalau jumpa nanti aku nak nyanyi ni.

17.10.11

Kesalahan Sadis

Oleh / By: Akemi Siegel


Hari ini aku berpeluang menjadi seorang guru Bahasa Malaysia. Eh aku dah keliru, sepatutnya Bahasa Malaysia ke Bahasa Melayu? Baiklah, mari kita mulai dengan mengenal pasti maksud dua perkataan hari ini iaitu "Sadis" dan "Sedih". Buka kamus.

Menurut kamus, "Sadis" memberikan pengertian seperti berikut:
1. Tidak mengenal belas kasihan
2. Kejam
3. Buas
4. Ganas
5. Kasar
6. Orang yang sadis
7. Zalim
8. Tidak berperikemanusiaan

Manakala, "Sedih" pula membawa maksud seperti berikut:
1. Sedan, sedu
2. Berasa pilu dalam hati
3. Susah hati, mendukacitakan
4. Berasa sedih kerana sesuatu

Jadi sekarang dah tahu maksud "Sadis" dan "Sedih"? Dua perkataan ini membawa maksud yang berlainan kan? Tapi hakikatnya, dua perkataan ini sering di-sama-ertikan. Ada penulis yang tersilap menggunakan perkataan "Sadis" untuk menggambarkan perasaan sedih. Kadang-kala kita tersilap memanifestasi perkataan-perkataan dalam Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu). Tapi sekarang kita sudah tahu kan? Maka dengan itu, tamatlah pengajaran dan pembelajaran kita pada hari ini. Yeah, balik sekolah!

16.10.11

Haprak

Oleh / By: Akemi Siegel


Menurut kamus, hak diberi pengertian seperti berikut.
1. Kebenaran
2. Kuasa atas sesuatu atau untuk berbuat sesuatu
3. Milik, kepunyaan
4. Yang (mana satu)

Kewujudan hak di tanah bumi ini, dalam masyarakat ini ada macam-macam. Antaranya:
1. Hak amendmen - mencadangkan pemindaan undang-undang
2. Hak asasi - hak yang dasar atau pokok
3. Hak dipilih - hak untuk dipilih untuk menjadi Wakil Rakyat
4. Hak istimewa - diberi untuk kaum tertentu sahaja
5. Hak kuasa - untuk menguasai
6. Hak kuasa ibu - pertalian kekeluargaan dan pembahagian harta menurut nisab perempuan
7. Hak membatalkan - membatalkan keputusan yang telah dicapai dengan suara terbanyak, kuasa pembatal, kuasa veto
8. Hak mengundi - mengundi kerana memilih Wakil Rakyat
9. Hak milik - memiliki sesuatu
10. Hak mutlak - hak yang penuh ke atas sesuatu
11. Hak pengarang - hak cipta
12. Hak politik - mencampuri hal-hal dan urusan-urusan politik
13. Hak pusaka - harta yang diwarisi turun-temurun
14. Hak veto - membatalkan sesuatu keputusan, kuasa pembatal

Sebagai rakyat Malaysia, kita mempunyai HAK KERAJAAN. Negara Malaysia, kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia. Kita ada hak untuk membantah PROJEK IC yang telah menyebabkan seramai 600,000 pendatang tanpa izin mendapat status kewarganegaraan tetap di Malaysia. Jangan biarkan hak rakyat Malaysia jadi haprak!

14.10.11

WOI SIAPA ANONYMOUS NI?

Oleh / By: Akemi Siegel


Anonymous, sebutan yang betul adalah Enonemes. Bermaksud tanpa nama.

Hai aku Enonemes. Aku bukan gila, aku ada identiti sendiri cuma aku malas nak reveal siapa aku. Mungkin aku lagi suka bila orang cuba mencari siapa sebenarnya aku, meneka siapakah aku, apa matlamat aku. Sebenarnya aku pewaris Maya Deren. Tak salahkan kalau aku Enonemes, aku ada banyak bakat sebenarnya. Nak tau apa?

Pertama, boleh berbincang satu topik yang biasanya tidak disuarakan oleh orang yang berada dalam lingkungan umur atau statusnya. Sebagai contoh, bercakap tentang seks. Bila aku cerita benda-benda macam ni, majoriti akan menghargai dan terima apa yang aku cuba sampaikan.

Kedua, tak perlu jaga hubungan dengan orang lain. Aku boleh pilih dengan siapa aku nak berkawan dan dengan siapa aku tak nak kawan. Ini tak ada efek sangatlah lainlah kalau aku pergi cari pasal dengan orang kan? Aku sedar aku ni lone ranger. Aku buat apa yang aku nak buat, tak payah fikir pasal sensitiviti orang lain. Suka hatilah kan?

Ketiga, lebih bebas untuk mengutarakan idea yang lebih radikal daripada budaya masyarakat. Tak terikat dengan undang-undang yang agak annoying itulah.

Seronok kan jadi macam aku ni? Bebas gila. Cuma aku kena hati-hati jugalah, takut nanti terburukkan orang lain. Aku nak guna kebebasan aku untuk menyampaikan tulisan kreatif, luar daripada cara berfikir yang biasa.

12.10.11

Surat Obeso kepada Phoebe

Oleh / By: Akemi Siegel


Surat bertarikh 1 Oktober 2011

Phoebe

Salam. Hmm...mungkin awak dah lupa saya. Saya Obeso. Beberapa minggu lepas saya pernah jumpa awak kerana masalah saya. Saya harap dengan jumpa awak saya boleh jadi sihat semula. Dulu saya takut sangat kalau-kalau berat badan saya naik. Sampai nak makan dan minum apa-apa pun saya tak berani. Memang teruk saya rasa masa tu dengan keadaan tubuh saya yang kurus kering. Saya jumpa doktor dan doktor bagi saya rawatan. Tapi cara itu tidak berkesan. Lalu saya bercadang untuk baca buku Lima Hari Menangani Pocrescophobia, manalah tau buku itu dapat membantu saya. Dan ternyata, cara ini berhasil gila-gila. Sekarang kalau nak makan dan minum apa-apa pun saya dah tak takut. Cara ini banyak membantu saya. Sekarang berat badan saya dah mula naik sikit. Dan saya pun dah tak kurus kering macam dulu. Senang cakap saya ada postur tubuh yang cantik sekarang. Terima kasih atas bantuan awak dan terima kasih kerana meminjamkan buku awak pada saya.

Obeso
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

Surat bertarikh 15 Oktober 2011

Phoebe

Salam. Harap awak masih ingat saya, Obeso. Beberapa minggu lepas saya ada tulis surat pada awak mengatakan saya dah kembali sihat. Terima kasih sekali lagi kerana sudah meminjamkan buku itu kepada saya. Memang benar dalam masa yang pendek saja saya sudah berjaya menaikkan berat badan. Tapi sekarang saya ada masalah lain. Saya rasa was-was dengan kondisi kesihatan saya sekarang. Bukan saya tak bersyukur saya dah sihat, tapi ini dah macam terlebih sihat pulak. Saya takut sekiranya ada efek sampingan daripada cara pemakanan yang saya amalkan sekarang. Hmm...kalau awak tak sibuk, boleh tak saya jumpa awak? Supaya kita dapat bincangkan masalah saya ini dengan lebih mudah. Saya amat berharap sekiranya kali ini awak dapat pinjamkan saya buku untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan.

Obeso

11.10.11

Abluto

Oleh / By: Akemi Siegel


Bukan mencarut.

Ganjil bukan? Dalam dunia ini ada manusia yang takut mandi. Mereka ini dipanggil manusia Abluto. Ah, aku sudah biasa berdepan dengan manusia-manusia seperti ini. Kadang-kadang, aku juga seperti manusia Abluto. Tapi aku bukan takut mandi, cuma sangkut depan Facebook tak mandi-mandi.

Ah sudah! Dikaitkan pula manusia Abluto dengan hampir semua kaum Hawa dan Divine Child. Jadi nak katalah kaum Adam ini wangi dan pembersih. Manusia Abluto takut mandi, mereka ini ada simptom-simptom menjadi panik apabila disuruh mandi.

Bila disuruh mandi, manusia Abluto berasa tertekan kerana situasi tersebut telah menjadi satu huru-hara bagi mereka. Efek daripada itu, mereka menjadi panik. Ada sesetengah manusia Abluto yang memulakan perangai buruk tak nak mandi sejak kecil. Jadi perangai buruk itu dibawa-bawa sehinggalah mereka sudah dewasa. Ini mesti mak bapak budak Abluto ni tak pernah mandikan anak mereka. Atau ini mungkin sebab budak Abluto ini tak fokus dalam subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah.

Manusia Abluto ini mesti ada masalah dengan kesihatan mereka. Jumpalah doktor ya? Tak malu ke nanti manusia-manusia lain cakap manusia Abluto macam kau yang tengah baca ini tak pembersih? Hei, pergilah mandi!

Jadi macam mana? Kau nak abaikan saja manusia-manusia Abluto ni tak mandi?



P/S: Video disekat mengikut usia manusia. Budak Abluto tak boleh tengok kang tak mandi-mandi pulak!

7.10.11

Ursula dalam Kelab AGELI

Oleh / By: Akemi Siegel


"Hai, nama saya Ursula. Hari ini, saya nak kongsi sedikit cerita. Semua orang puji saya bijak, berbakat dan pandai tapi saya sangat pasti tentang satu hal. Saya tahu saya hodoh. Ya, saya memang hodoh sejak lahir. Kehidupan menjadi seorang manusia hodoh bukannya senang. Kerana kelemahan ini, saya berusaha keras untuk membina sifat-sifat yang disukai orang. Sifat-sifat yang dipanggil manusia cantik, sempurna dan bukan hodoh. Saya berusaha untuk menarik perhatian dan tumpuan orang. Saya mencari sesuatu yang sering disembunyikan oleh perempuan-perempuan cantik iaitu akal fikiran. Saya rasa ini adalah satu pilihan yang buruk, kerana tiada sesiapa yang suka berdamping dengan perempuan hodoh sekalipun dia bijak dan berbakat...

Jadi, saya rasa lebih baik saya jadi perempuan yang kelakar, suka buat lawak. Malangnya, hal ini sudah menarik perhatian golongan homoseksual. Kadang-kadang, saya dah tak tahu nak buat apa. Saya nak jadi diri sendiri dan berharap orang sukakan saya. Saya pernah berfikir biarpun saya ini hodoh, tapi Tuhan menganugerahkan saya semangat yang kental dan kuat. Mungkin sebab itulah setiap kali saya didatangi masalah, saya tidak merasa dibebani akan masalah itu malah saya dapat menyelesaikannya dengan mudah. Mungkin sebab saya cuma perempuan biasa."

Tepukan semangat dan sorakan kebebasan memenuhi ruang bilik itu. Hari itu dalam perjumpaan Kelab AGELI, Ursula seorang yang berani.


P/S: Cerita tak ada kaitan dengan kehidupan penulis. Penulis cuma menyampaikan.

4.10.11

Rumah Elhna

Oleh / By: Akemi Siegel


Ini cerita Elhna.

Dari umur satu tahun sampai dua belas tahun,
rumah Elhna lengkap empat orang.
Papa, mama, adik laki-laki dan Elhna.
Semasa tahun ke tiga belas,
rumah Elhna berpindah tapi masih lengkap empat orang.
Hal itu berkekalan sampai tahun ke sembilan belas.
Semasa di tahun ke dua puluh,
rumah Elhna tinggal dua orang.
Mama kadang tak balik, papa pun dah jarang balik awal.
Mama kalau tak balik, ada rumah sewa.
Papa pula jarang balik awal, mungkin ada rumah nombor dua.
Selepas satu tahun,
rumah Elhna tinggal Elhna.
Adik laki-laki dalam masa dua tiga bulan cuma balik tiga kali.
Dia berkhidmat untuk negara, PLKN.

"Lepas ni aku nak masak makan malam untuk siapa?"
bisik Elhna.

"Kalaulah aku dapat lari dari rumah..."

TAMAT

3.10.11

CHANGE

Oleh / By: Akemi Siegel


"Behind every person, there's a story. Why they're the way they are, there's a reason. They aren't just like that because they want to. Something created them in the past, and sometimes to fix them, it's impossible."
- Facebook status


1.10.11

'Lesung Batu' by Tapai Productions

Oleh / By: Mr. 9Belas


Presenting... a trip down to memory lane! In a not so distant past, a healthy bunch of our writers, under the moniker of Tapai Productions, did this public service announcement that didn't make the cut for DiGi's MyPhone Shorties competition with the theme of 'Terima Kasih Malaysia' (Thank You Malaysia). Most of you have probably seen it, but for those of you who didn't, here it is; 'Lesung Batu' featuring an excerpt of 'Woo Song' by the rising Malaysian indie band, Khottal.

Enjoy! :D


Writers involved in this:
Aan - Director
Ezham Mohd Noh - Producer
Iki.Ali - Editor
Shah Aideen - Production manager
Manda Dawai - Storyboard artist
Akemi Siegel - Talent
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...