Memaparkan catatan dengan label ABAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ABAH. Papar semua catatan

18.8.12

Allah Maha Besar dan Maha Agong

Oleh / By: ABAH


Allahu Akbar.... Allahu Akbar.... Allahu Akbar.....
Allahu Akbar walillah hilhamd.....

Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang telah menciptakan kita daripada tiada kepada ada dan pengakhiran kita akan kembali padaNya.... Tiada yang layak dikatakan melainkan Maha Suci Allah Azza Wa Jalla. Sidang penonton sekalian, (ceewahh. terasa bagai sudah menjadi personaliti TV Al Hijrah) hari ini saya ingin membawa kamu semua kepada rasa dan kecintaan pada Tuhan.

Selagi mana nyawa dikandung badan, saya akan terus-terusan berkongsi kemanisan hubungan kasih kita dengan Sang Pencinta Kita. Ya, Dialah Allah, Raja segala makhluk. Sidang penonton.... lebih sesuai saya katakan sidang pembaca, RKI amat bertuah kerana dapat merasai kemanisan sebenar Ramadhan kali ini. Sehingga apa? Sehingga teman merasakan kehibaan pabila menyedari Ramadhan sudahpun berlabuh pergi meninggalkan kita.

Buat yang sedar ataupun tidak, Ramadhan bagi 1433H ini hanyalah 29 hari saja kita lalui. Bagi teman, kerinduan pada Ramadhan itu masih lagi difikiran. Apatah lagi merasakan sangat kerdil dengan Allah. Untuk pengetahuan semua, sangat banyak kenangan manis, kejutan, dan segalanya yang miracle teman kecapi bagi Al-Mubarak kali ini. Allah tu sangat sweet kan? Sangat indah.

Teman rasa makin bertambah sayang pada Allah. Saat teman mencari-cari mana semangat teman yang sudah hilang mencari redha Allah, Allah bagi hadiah. Hadiah bonanza buat teman. Allah.... rasanya tak tergambar dalam tulisan di sini. Teman tak terasa nak cakap panjang, (walaupun dah terpanjang kata, sudah) namun hanya ingin kongsikan kecintaan pada Kekasih Abadi kita, Allah.

Marilah memperbanyakkan takbir padaNya.



Kredit buat saudara Sham Kamikaze. Teks takbir itu dia sebarkan. 

(Pssst, I nak post kat blog I. Tiba-tiba tak perasan terpost kat sini. Oppsss! tapi dah post ni, biarlah tersemat di sini juga. Rasa penting juga ada di sini. Assalamualaikum)

Taqabbalallahu minna wa minkum. (Semoga Allah menerima amal kami dan kalian)

Salam Lebaran buat semua peminat Noksszero ini. Serta salam kerinduan buat peminat karya-karya ABAH. Hehe . Entah ada, entah tiada peminatnya. (Haipp, jangan kamu perasan sangat ABAH uit)

17.10.11

Gugus

Oleh / By: ABAH


Gugus si gugus gusar tak sedar
Gugus menghembus jiwa sang ketar
Gugus si gugus gentar jauh nun.... tersandar
Gugus menghembus dakwa dah terlantar

Sanggup di biar gugus?
Gugus juga umpama sang awan
Sanggup di biar hanyut sekaligus?
Gugus juga umpama sang kunci tak melawan



. . . . ABAH

1.10.11

Minat Mat

Oleh / By: ABAH


Mat, seorang budak berusia lingkungan 10 tahun.
Dia seorang murid, yang agak skema barangkali.
Bersekolah dalam jantina yang selari dengannya.
Mat resah, gelisah, kerna terpisah daripada
jantina berlawanan dengannya. Bagi Mat, dia
minat sungguh pada perempuan. Perempuan
yang ala-ala comel dan seindah muka budak
perempuan yang redup mata Mat pandang
pabila si budak itu terkalis wajahnya ke arah
raut muka Mat yang selalu bosan dan
keseorangan itu. Lagi bagus jikalau indah
nian wajah budak perempuan itu buatkan
Mat terhantuk pada tiang lampu, tiang yang
sering jadi sahabat Mat, tatkala dia lewat tiba
ke perhimpunan sekolahnya.

(Sadis sungguh kisah Mat ya.)

Itu bukan hal dan minat Mat sebenarnya.
Sebenarnya, Mat sukakan pada satu permainan.
Bagi Mat, permainan ini sangat epik dalam
hidupnya. Apa yang epik sangat sampai Mat
sanggup tak rehat? Sanggup tak makan saat
loceng sekolah berdering umpama nak
gugurkan sarang burung yang selalu saja
wujud di penjuru-penjuru kaki lima sekolahnya.

Mat seorang pemain Titik Kepong profesional
di sekolahnya. Untuk pengetahuan semua,
Titik Kepong juga banyak nama saintifiknya.
Ada yang kenal permainan ini dengan nama,
Makan Kandang, Makan Bulat, Permainan
Budak Pelik dan sebagainya. Bagi Mat, Mat
dah berazam dari awal. Dari mula tangannya
menari mengikut alunan strategi lawannya.

Apa azam Mat? Nak tahu?
Nantikan sambungannya
jika ada rezeki bersambung.
heEeee....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...