Oleh / By: ABAH
Allahu Akbar.... Allahu Akbar.... Allahu Akbar.....
Allahu Akbar walillah hilhamd.....
Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang telah menciptakan kita daripada tiada kepada ada dan pengakhiran kita akan kembali padaNya.... Tiada yang layak dikatakan melainkan Maha Suci Allah Azza Wa Jalla. Sidang penonton sekalian, (ceewahh. terasa bagai sudah menjadi personaliti TV Al Hijrah) hari ini saya ingin membawa kamu semua kepada rasa dan kecintaan pada Tuhan.
Selagi mana nyawa dikandung badan, saya akan terus-terusan berkongsi kemanisan hubungan kasih kita dengan Sang Pencinta Kita. Ya, Dialah Allah, Raja segala makhluk. Sidang penonton.... lebih sesuai saya katakan sidang pembaca, RKI amat bertuah kerana dapat merasai kemanisan sebenar Ramadhan kali ini. Sehingga apa? Sehingga teman merasakan kehibaan pabila menyedari Ramadhan sudahpun berlabuh pergi meninggalkan kita.
Buat yang sedar ataupun tidak, Ramadhan bagi 1433H ini hanyalah 29 hari saja kita lalui. Bagi teman, kerinduan pada Ramadhan itu masih lagi difikiran. Apatah lagi merasakan sangat kerdil dengan Allah. Untuk pengetahuan semua, sangat banyak kenangan manis, kejutan, dan segalanya yang miracle teman kecapi bagi Al-Mubarak kali ini. Allah tu sangat sweet kan? Sangat indah.
Teman rasa makin bertambah sayang pada Allah. Saat teman mencari-cari mana semangat teman yang sudah hilang mencari redha Allah, Allah bagi hadiah. Hadiah bonanza buat teman. Allah.... rasanya tak tergambar dalam tulisan di sini. Teman tak terasa nak cakap panjang, (walaupun dah terpanjang kata, sudah) namun hanya ingin kongsikan kecintaan pada Kekasih Abadi kita, Allah.
Marilah memperbanyakkan takbir padaNya.
Kredit buat saudara Sham Kamikaze. Teks takbir itu dia sebarkan.
(Pssst, I nak post kat blog I. Tiba-tiba tak perasan terpost kat sini. Oppsss! tapi dah post ni, biarlah tersemat di sini juga. Rasa penting juga ada di sini. Assalamualaikum)
Taqabbalallahu minna wa minkum. (Semoga Allah menerima amal kami dan kalian)
Salam Lebaran buat semua peminat Noksszero ini. Serta salam kerinduan buat peminat karya-karya ABAH. Hehe . Entah ada, entah tiada peminatnya. (Haipp, jangan kamu perasan sangat ABAH uit)
1 ulasan:
Assalamualaykum Hary,
Ok I dah baca blog you. Apa hadiah you nak beri I sekarang ni? hehe kidding!
Pelbagai reviews ada, that's good. Keep up the good work!
Catat Ulasan