1.9.12

Pencuri yang suka mencuri dan bercakap sendiri

Oleh / By: Akemi Siegel


Minggu lepas di kedai runcit India. Pencuri mengambil aiskrim 20 sen tanpa dilihat pemilik kedai runcit yang sedang sibuk mengira wang di kaunter. Ketika menjilat aiskrim dengan enak di belakang kedai runcit India itu juga, tiba-tiba...

Aku enda kisah kau gondrong ka, gurongit ka, gangster ka, itulah yang aku suka sama kau. Kalau kau jadi aiskrim, kau mesti jadi aiskrim perisa durian. Sebab tu faveret aku. Aiskrim perisa durian
Malam Sabtu di rumah orang kaya. Orang kaya enda ada, rumah ada. Dia orang balik beraya di kampung. Pencuri pecah masuk. Senang-lenang dia mundar-mandir di rumah itu lalu ke bilik anak orang kaya yang mewah dan baring di katil yang empuk. Tiba-tiba...

I see you. Aku nampak kau. Masa aku baring atas katil, tangan lurus, aku nampak kau. Tapi kau enda ada, enda ada depan-depan, enda ada di sebelah, enda ada atas aku. Eh ilusi aku rupanya. Ilusi ka fantasi? Macam dalam lukisan dinding ni pula. Baik buka tingkap tengok bintang. Banyak bintang malam ni! Okkokkokkok! Sudah pagi. Bunga matahari yang tumbuh nun di bukit sana berkembang dan berwarna jingga terang. Pergi mana-mana pun bunga matahari ni selalu ada! Suka ikut orang! Ish tadi aku cerita pasal kau kan, kenapa boleh ada bunga matahari pula.

"Lai wo qing ni!"

Hari ni pencuri off-day. Ada orang yang dia suka belanja dia makan. Dia mau ja cakap...

Kau! Aku suka kau dari mula lagi, dari kita kenal. Aku suka cara kau bercerita, cara kau berjalan dari belakang, cara kau minum lemon teh ping dengan straw sambil tengok Aunty Tai Fatt masak mi goreng Tuaran yang kau order. Eee, makin hari makin aku suka kau!

Malam Jumaat.

Kau lagi terang dari bintang, lagi cantik dari bunga matahari. Percayalah weh! Aku enda main-main. Aku enda kisah parut-parut di kulitmu, aku tau kau bekas gangster dan sekarang kau sudah kepala gangster. Aku enda kisah parut-parut di hatimu, aku tau masa silam kau masa kau bercinta dengan polis perempuan yang hampir meragut nyawa kau. Aku cuma mau curi hati kau!

Pisau lipat di tangan disimpan. Pencuri baring di sebelah Gondrong. Berdengkur.

gondrong = rambut afro
gurongit = kuat marah
enda = tak/tidak
lai wo qing ni = mari saya belanja (dalam Mandarin)
lemon teh ping = iced lemon tea
mi goreng Tuaran = mi goreng femes di Sabah

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...