5.1.13

Sebuah reviu buku: 'Kelabu'

Oleh / By: Iki.Ali

Kategori: Fiksyen
Format: Novel
Penulis: Nadia Khan
Rilis: 2011
Penerbit: Buku Fixi
Sebenarnya, dah lama gila aku impikan untuk bagi ulasan pasal novel Fixi yang depa kata paling hot di hati para pembaca depa. Akhirnya, tercapai jugak cita-cita aku nak habiskan novel ni, dan bagitau apa aku fikir dan rasa pasal Kelabu ni. 

Peh. Tak silap aku novel ni aku cekup sama dengan waktu aku snag DVD Kopi, novella Arsonist Jalan Labrooy (dua karya ni dah pun aku ulas), dan antologi Sepucuk Pistol di Dalam Laci masa FiTA Fiesta tahun lepas. Wah, cepatnya masa berlalu! Dan dalam ketika tulah kalau korang nak tahu, aku berhempas pulas memberikan komitmen yang tak konsisten bila membaca, setakat yang aku beli, novel terpanjang yang Buku Fixi terbitkan (kalau ada yang lagi panjang, habaq mai!). Kufikirin novelnya sangat simple penceritaannya (mungkin sebab gaya bahasanya yang terlalu sempoi kot), namun... puih! Cilaka punya Neddo (nama alternatif penulis novel ni)! Ludah baik punya kat muka aku! Penipu besar hang ni! Bapak pusing oh ini olang punya celita!

Secara dasarnya, kalau ikut penerangan kulit belakang novel ni...
Senang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci…lelaki-perempuan.

Apa jadi pada yang di tengah-tengah? Apa jadi pada orang-orang macam aku?


Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai ‘boyfriend kontrak’, aku tak tolak. Salah aku ke kalau aku kata “ya” pada awek cun? Salah aku ke kalau aku lagi pandai layan dia daripada boyfriend dia sendiri?


Salah aku ke kalau aku jatuh cinta pada dia?


Aku Amir. Jemputlah masuk ke dunia aku, di mana hitam dan putihnya tak berapa jelas. Mungkin hanya lepas tu, korang akan faham macamana rasanya berada di dunia aku. Dunia KELABU.

Sebenarnya, gentle aku cakap; aku keliru kali pertama aku tengok kulit depannya. Kenapa skema warnanya merah jambu-hitam? Padahal terang lagi bersuluh hidup protagonis, si jurukamera terulung tu KELABU warna hidupnya? Kalau korang sedia maklumlah, kan, aku pernah dengar yang warna merah jambu ni, menurut golongan bijak pandai, dikaitkan dengan golongan LGBT (korang dah tau kot ni kependekan apa kan; kalau tak tau, tanya En. Google). Tang kenapa Amir (orang posing sebagai Amir kot kat kulitnya tu, tak syak lagi) tu mampu bergambar macam Spider-Man tu pun mula-mula aku tak faham (aku fikir tukang cetaknya salah print kot mula-mula, sumpah!) . Tapi bila aku baca penerangan dekat kulit belakang novel ni, ditambah pula dengan membaca isi novel ni yang sangat padat, semuanya dah jelas untuk aku novel ni pasal apa (walaupun adalah dua tiga benda yang masih berbelit sebenarnya). Pandai depa compose kulit depan novel ni.

Sekarang meh aku tulis pasal kandungannya pulak. Pertama sekali, taktaulah macam mana si Nadia Khan ni buat apa dekat pembacanya yang tengah mengulas ni fikir dan rasa. Damn it aku cakap; gambaran wataknya terus aku dapat bayangkan secara visual di ruang imaginasi dan jantung fragile aku ni. Bila dia bercakap pasal lelaki yang bergaya, terus aku rasakan kalau buat kawan (bagi yang tak tua sangat atau yang berjiwa muda) atau buat bapak (bagi yang agak berumur) mesti seronok rasanya. Kalau cerita pasal budak-budak perangai nokharom, memang aku rasa nak lunyai je brader tu... kalau badannya tak tegap macam jaguh bina badanlah. Bila dia bercakap pasal perempuan pulak... ini paling celaka; buat aku rasa nak belai kot depa, dan rasa macam nak buat isteri atau awek tau! Damn it, Nadia Khan! Damn it! Hebat sungguh imaginasi kau. Memang hidup watak-watak yang kau buat ni. Tahniah!

Jalan ceritanya pulak... peh. Amir ni jenis yang menyusahkan diri sendiri tau kalau korang nak tau. Penat aku baca konflik-konflik yang berlaku dalam dirinya yang aku rasa dia sendiri yang cari pasal. Aku sebenarnya macam nak bagitau korang Amir ni jenis orangnya macam mana, tapi tulah satu masalah cerita yang character-driven ni; kalau aku bagitau dia ni macam mana, habislah aku pergi bagi spoiler keseluruhan novel ni kat korang! Penat jelah si Neddo ni hantar manuskrip tebal dia dekat Amir Muhamad (FYI, novel ni tak ada kena mengena langsung dengan Amir Muhamad ya) kalau korang taknak sokong dia! Tapi, the gist of the story sebenarnya dah terpampang dekat penerangan kulit belakang tu. Bila aku baca, walaupun sedikit terpesong personaliti dan pemikiran si Amir ni, sebahagian daripadanya masuk akal, lagi-lagi tang macam mana dia layan perempuan (aku sangat memerlukannya, yeah!). Tapi, itulah... novel ni takkan tebal kalau Amir ni membuatkan hidup dia senang (tapi, tak ada dramalah kalau macam tu... tapi tu ah... kenalah beragak jugak Amir ooi!) dan tak merumitkan apa-apa keadaan. Tapi, watak-watak dalam drama hidup si Amir ni pun satu, janganlah kusutkan dia yang dah sedia kusut ni walaupun dia sangat bergaya pada luarannya! Haih! 

Pada awalnya, aku rasakan mestilah terepik yang amat kalau novel ni diadaptasi jadi filem yang panjang (sampai sakit kepala aku fikir siapalah yang akan jadi Jun yang cun-melecun tu nanti... takut kecewa tak ingat punya pasal kalaulah jadi filem). Tapi, setelah ditelaah, aku rasa akan menjadi banyak masalah. Antaranya, yang pertama, isu yang diketengahkan adalah sangat tabu dan sensitif di Malaysia (walaupun perlahan-lahan benda tu nak jadi norma hidup kat sini sekarang ni); yakni isu LGBT, dan ini disampaikan melalui naluri bengong si Amir, girlfriend kontraknya Jun, dan semua skandal-skandal si Amir ni (yeah, dia memang agak kasanova). Kedua, banyak juga aksi-aksi kurang enak (walaupun tak ada babak beromen, tapi masih agak suggestive dan agak kebaratan) yang ditonjolkan (sampai kadang-kadang terbayang yang aku ni Amir dan aku tengah buat apa yang dia buat... bahaya betul!). Ketiga, terlalu banyak detik-detik yang penting dan seronok disumbat kat dalam novel ni, sampai aku rasa kalau depa nak adaptasikan juga ke layar perak, memang dah lumrah adaptasi, yang mana akan ada banyak lubangnya. Tapi, kalaulah depa masih nak teruskan, boleh jugak; tapi kena jadi super-smart lah dalam menangani detik mana yang nak disumbatkan dalam filemnya untuk taknak membuatkan wujudnya angry mob depan pejabat Fixi nanti. 

Apa-apa pun, untuk membetulkan wayar-wayar kat atas ni supaya elektrik lebih senang mengalir (eh?), Kelabu ni sebenarnya pasal mencari diri sendiri yang hilang, dan menerima apa yang telah diberi oleh-Nya tapi tak pernah kita nak bersyukur. Bagi korang yang rasa agak lost, kalau korang rasa korang perlukan masa sebelum betul-betul bersedia nak berkomunikasi dengan Dia, aku rasa novel ni satu permulaan yang agak bagus. Walaupun sangat santai dan sangat menyakitkan hati dan otak bila baca, tapi apa yang Amir buat ni sememangnya pengajaran buat kita semua. Apa yang baik tu, macam apa yang dia buat kat suku akhir novel ni, jadikan ikutan. Apa yang agak buruk tu, macam 60%-80% bahagian awal novel ni, jadikan sempadan. Tahniah Nadia Khan, sebab berjaya menyampaikan sebuah kisah romantik tapi berpaksikan realiti yang kejam ni. Tahniah.

Sekarang nak buat apa korang ni? Pergi belilah sengal! Pinjam ke apa. Hish!

2 ulasan:

NEO berkata...

terus-terang aku cakap , sampai part dah kantoi si mamat "amira" ni , aku terus down nak baca . cilaka punya neddo . macam kau cakap , watak dia betul-betul hidup dan aku tak boleh hadam awek cun sangkut dekat pengkid T.T . setakat ni , kelabu masih aku biarkan tergendala dekat situ . hm hm

Iki Ali berkata...

maknanya Amir ni power gilalah sampai Jun boleh melekat dengan dia. baca jelah sampai habis, worth it kot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...