Oleh / By: Iki.Ali
Kategori: Fiksyen Format: Novella Penulis: Riduan A.dullah Rilis: 2012 Penerbit: Rabak-Lit |
Buku ni dah lama aku habiskan sebenarnya; yakni beberapa hari sebelum kakak aku pergi konvokesyen degree
dia ketika sedang di KL Sentral menunggu tren ETS tertunda yang
memanaskan hati aku yang sedia panas akibat pembacaan novella ni. Aku
jugak pernah kata nak reviu buku ni dekat Twitter, tapi tak buat-buat
pun; sampai si penulis retweet kot apa aku boh. Haha. Maaf ya kerana
menunggu; dah kata kemalasan membelenggu. Sekarang baru rasa nak bagitau
apa aku rasa pasal buku yang super-kelam ni.
Secara kasarnya, Arsonist Jalan Labrooy ni mengisahkan jerit perih dua orang adik-beradik yang berakhir dengan tragedi cam nokharom. Hampir setiap langkah adik-beradik bernama Comas dan Sola lalui ni tak berperikemanusiaan langsung. Apalah salah depe ni sampai dimasukkan dalam predicaments yang terkandung dalam novella ni agaknya. Apalah agaknya yang bermain di minda penulis Riduan A.dullah masa novella ni dihasilkan. Semacam kesemua ketidakpuashatian dia terhadap layanan sampah manusia sesama manusia semua dia kasi campak sama ini adik-beradik. Tapi aku rasa itulah point buku ni; nak beri kesedaran bahawa manusia ni memang ada bahagiannya yang sangat hina dan manusia kena akur dengan realiti tu.
Warna
merah buku ni dan tajuk buku ni sudah cukup menerangkan emosi buku ni
sebenarnya. Pemilihan kata-kata untuk naratifnya jangan ceritalah. Masih
ada cubaan untuk menampakkan keindahan dan kuasa kata-kata dalam Bahasa
Melayu. Tapi kan... walaupun aku jenis kuat mencaci dan cussing, but
the amount of it is... too damn high! Korang baca nanti, taulah apa
maksud aku. Then again... apa yang boleh tahan power dekat sini ialah
penulis telah mendedahkan pembaca kepada muzik-muzik yang mempunyai bait
lirik yang agak deep dan sesuai dengan tema cerita. Hipster lahiriah, hipster-wannabes
atau sememangnya kaki mencari muzik digalakkan membaca novella ni
supaya korang boleh cari diskografi bands yang diketengahkan.
Secara keseluruhannya, kalau korang expect
nak cari komedi dalam novella ni, jangan harap. Nak kata tak bagus
novella ni... bolehlah tahan bagusnya. Maksud aku, jarang nak jumpa
sebuah fiksyen yang konsisten dalam tema atau mood keseluruhan yang ingin penulis sampaikan dekat para pembacanya. Jadi, apa lagi? Ingat aku nak bagi spoiler lebih-lebih lah tu? Nama Comas dan Sola jelah spoiler
ter-epik yang aku boleh bagi kat korang. Selebihnya, pecahkanlah tabung
ke, pinjam kawan ke apa. Sememangnya antara sastera alternatif yang...
lain dari yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan