Oleh / By: Iki.Ali
Tapi, sejak aku terserempak dengan trailer filem Songlap
dan posternya, dan menonton sendiri filem tersebut, aku rasa rugi
pula meluahkan orgasme melampau terhadap filem yang aku sebutkan di
atas, walhal filem ni sebenarnya yang patut dighairahkan dan disokong
menggunakan sepenuh kudrat yang ada.
Tak
cukup lagi menatap kesempoian rekaan posternya yang sangat mudah, mari
lihat juga kesempoian trailer filem ni yang langsung tidak
memberitahu jalan cerita tetapi hanya memberitahu isu apa yang
diketengahkan oleh pasangan sutradara Songlap ni. Tajuknya pun
sudah cukup untuk 'mencuri' perhatian anda dengan membuat anda
menganggap filem ni semestinya filem komedi, lebih-lebih lagi apabila
Shaheizy Sam yang dipilih menerajui filem ni; muka sama yang
menghiasi filem hampir sampah seperti Adnan Sempit (premis dan konsepnya aku suka, tetapi pengolahan dia aku ketuk dahi sikit) dan filem najis seperti Kongsi, dan memang tajuknya sendiri mempunyai aura aksi komedi seperti Kongsi. Realitinya, memang jauh panggang dari api.
Serius. Selepas aku tonton trailer Songlap, aku semacam sedang mengamati sebuah filem pendek independent yang sangat cantik, dan fakta ini menjadi lebih cantik ialah apabila aku baru dapat tahu bahawa pasangan sutradara Songlap
merangkap pasangan suami isteri Effendee Mazlan & Fariza Azlina
Isahak inilah pasangan sama yang bertanggungjawab merealisasikan siri
TV remaja KAMI ke layar perak. Tak dapat disangkal lagi
perasaan itu, semangnya ada aura indie yang kuat pada keseluruhan filem
ini (memandangkan KAMI memang sedikit sebanyak berkisarkan budaya tersebut).
Shot
yang digunakan pun dilihat sangat jarang digunakan di dalam filem
tempatan. Peranan kamera kali ni telah dieksploit dengan sepatutnya
dalam Songlap, di mana kali ini kameranya benar-benar
menggambarkan emosi dan perasaan setiap karakter dalam situasi yang
mereka sedang hadapi, selain daripada semata-mata menzahirkan perkataan
di dalam buku skrip ke bentuk visual. Aku mana reti sangat nak cakap
pasal shot dan sudut kamera, tapi aku berharap anda dapat rasalah apa
yang aku rasa apabila sudah menonton trailer filem ini. Aku pasti
setiap keterujaan, kebengangan, awkward moments, dan kegelisahan
dapat dirasakan apabila anda cuba meletakkan diri masing-masing
sebagai lensa kamera yang dapat menyaksikan segala tindak tanduk para
watak dan motif di sebalik apa yang mereka lakukan. Kesemua olah
gerak yang anda lihat di dalam trailer ni... kesemuanya ada di dalam Songlap, namun aura dan perlaksanaannya lebih dahsyat dari apa yang ditunjukkan.
Ini lagi satu benda aku kagum walaupun agak remeh; produksi Songlap
bukannya jenis pemalas. Isu yang diketengahkan dalam filem ni agak
berat dan memerlukan pendekatan realisme kalau mahukan mesej yang
disampaikan tu berkesan. Kalau dahulu kita selalu hanya mampu mendengar
laporan media massa tentang pelacuran, sindiket jual bayi, perjudian,
dan kes sumbang mahram tetapi langsung tak ada sepatah haram pun
maklumat pasal apa yang berlaku di belakang tabir kes-kes macam ni,
nasib kita memang baik kalau filem ni ditonton; kerana aku boleh
keikhlasan produksi filem ni dalam ingin menunjukkan betapa buruknya
padah mereka yang telah memilih jalan hitam untuk meneruskan hidup.
Perjalanan kegiatan sial manusia-manusia parasit macam mereka ni memang
jelas digambarkan susur galurnya. Lorong sempit berlecak mereka
redah, bangunan terbengkalai mereka masuk, rumah sindiket jual bayi
pun ada juga, sarang berjudi yang bersepah macam tempat lepak tikus
tu tak perlu ceritalah. Perangai dan tingkah laku serta cara
berkomunikasi sesama mereka pun sudah cukup memberangsangkan. Celah
mana mereka dapat port yang mungkin sama atau seakan-akan sama dengan
situasi yang asal pun aku tak tahu. Sememangnya nampak boleh
dipercayai.
Selain daripada tu, aku tak rasa pun produksi Songlap banyak sangat masa pun nak buat 'mock programming'; maksud aku di sini visual televisyen yang dirakam terlebih dahulu dan bukannya apa yang sudah sedia ada dalam jadual penyiaran untuk dijadikan penghias/elemen penggerak cerita seperti yang biasa dibuat oleh produksi filem lain; contohnya satu babak di mana mereka sedang asyik menonton perlawanan bola sepak di antara Vietnam dengan Malaysia di TV2. Aku fikir itu siaran ulangan ke apa, tapi jauh sekali! Permainan yang mereka tonton itu sememangnya sedang berlaku; maksud aku siaran langsung! Aku rasa perlawanan itu, dan kesemua visual televisyen yang dipasang oleh para watak dikaji dahulu bila waktu tayangannya, apa pengisiannya, dan apa relevannya visual tersebut dengan babak yang ingin ditunjukkan. Serius aku tengok Songlap seakan-akan mereka orang yang berada di depan aku; aku sedang menonton kehidupan!
Lagi satu benda remeh yang patut dipuji ialah kesederhanaannya dalam meletakkan cliché filem Melayu. Dari segi eksploitasi sub-budaya remaja, yakni cliché biasa di dalam filem Melayu tipikal, walaupun Songlap semacam mahu menghidupkan balik kegemilangan scene Hip-Hop di Malaysia yang hampir mati secara perlahan-lahan yang terang-terangan ditunjukkan melalui babak tarian B-boy dan beberapa buah lagu bergenre Hip-Hop yang jarang sekali diperdengarkan sejak belakangan ini, budaya itu tak pula ditonjolkan lebih-lebih. Barang kali pembikin filem ni faham; bukan semua remaja di Malaysia ni kaki Hip-Hop, mereka pun suka benda lain juga. Jadi, biarlah benda ni hanya menjadi tarikan buat Ad yang sememangnya minat breakdancing tu. Begitu juga dengan cliché-cliché filem Melayu yang lain; segalanya diletakkan secara cukup rasa dan tak pula dilebih-lebihkan. Masih ada drama keluarga, masih ada pergaduhan, masih ada babak kereta, tapi tak meleret. Orang pun senang nak ikut.

Sekarang,
mari bercakap pasal perwatakan watak serta jalinan konflik filem ni.
Sememangnya aku respek filem Songlap; produksi memang sudah merancang
dari awal untuk terus mencapab tanggapan para penonton tentang
pengisiannya. Memang anda akan ternampak muka Shaheizy Sam yang sudah
sinonim dengan filem aksi komedi, sememangnya anda akan ternampak
Syafie Naswip jadi macam orang gila depan cermin dengan tarian
statiknya, tetapi itu sebenarnya mereka dalam dilema; bukannya tengah
nak melawak. Aku ingin katakan di sini... ini baru orang kata
keluarga porak-peranda. Setakat tunjuk perempuan pakai skanky jual
dadah dekat kelab apa barang, setakat adik jadi taiko tu apa ada;
mereka ni lagi teruk; Ad (Syafie Naswip) dan Am (Shaheizy Sam)
terpaksa masuk ke dunia sindiket pemerdagangan manusia kerana
terpaksa, dan sebab-sebab mereka melakukan perkara terkutuk sebegitu
turut terjawab tanpa perlu menyuapkan semuanya sekali gus. Am ingat dia
pandai sangat apabila dia memilih untuk meneruskan hidup dengan suap
duit haram pada adik dia setelah ditinggalkan ibunya itu (lakonan
Normah Damanhuri) yang telah memilih untuk memperdagangkan daranya
demi mencari rezeki diri sendiri dan membiarkan anak merempat. Ad
pula sudah serik dengan cara hidup kotor dan juga kehidupannya yang
menyempitkan jiwa mudanya yang ingin bebas daripada belenggu masalah;
jadi dia pun terus mencari jalan yang lebih baik untuk keluar
daripada apa yang mereka lakukan. Watak Hawa (Sara Ali) juga patut
diberi perhatian; kerana raut wajahnya yang hampir setiap masa suram
walaupun sedap mata memandang, diikuti dengan kekurangan dialog dan
bahasa badannya sememangnya berjaya menggambarkan seorang wanita yang
mengalami gangguan emosi dan mental setelah diperkosa oleh bapanya
sendiri. Tak perlu pandang perut pun dah tahu dia ni bermasalah.
Pertembungan konflik ketiga-tiga teraju utama filem ni telah membuatkan
mereka serba lemah dan saling melengkapi dan memerlukan; dan itulah
manusia. Manusia mana pernah sempurna, selalu saja buat silap. Itu
yang aku tabik pasal Songlap; setiap watak ada kelemahan masing-masing. Semua watak dalam Songlap
masing-masing ada konflik dalaman yang perlu diselesaikan, tapi tak
perlulah nak ditunjukkan kesemuanya. Apa? Ingat masalah hidup boleh
cepat selesai macam jawab 1 + 1 ke? Kenalah urai sendiri. Inilah
pendekatan pembikin Songlap yang masih sesetengah penonton yang kurang celik agak susah nak telan.
Akhir
kata, biarlah Am yang habiskan reviu berjela aku pasal filem yang
sepatutnya menjadi tatapan seluruh rakyat Malaysia yang sedar akan
kekejaman hidup ni. Kalau ada bintang aku nak bagi, aku nak bagi 5/5.
Tahniah buat Red Films dan Grand Brilliance atas naskhah yang diharap
boleh dijadikan blueprint bagi penggiat filem yang lain untuk terus
menghidupkan dan mengintelekualkan industri perfileman tanah air.
"Kalau menari boleh dapat 50 000, dah lama Dr. Rozmey belajarlah."
Ayat di atas ni sememangnya merupakan tamparan yang hebat buat produksi-produksi filem sampah di Malaysia. Nasib baik Songlap
jauh lebih hebat dan bermakna daripada filem terbitan Dr. Rozmey tu,
kalau tak mesti dah kena saman teruk-teruk dan dimalukan
habis-habisan oleh usahawan tu. Sekian.
3 ulasan:
cite ni mmg berat, tp isu dia mmg dekat ngn kita! and cite ni sumpah antara cite melayu yang aku rasa best dan nak tgk lagik! :D
great review! org biasa akan teruja baca rebiu ni..
Elie Lily: memang best, kan? jarang nampak cerita macam ni kat negara kita.
fadz: whoah. thanks, bro! :D
Catat Ulasan