25.12.11

Selamat Hari Raya Krismas

Oleh / By: Ezham Mohd Noh


Seperti tahun kebelakang, masih menunggu.
Hari sudah lewat, masih belum mahu ke ranjang.
Aku mahu terus mendongak memandang langit.
Memandang engkau, keliaran bawa bungkusan.
Berharap engkau datang dan berkata "hai saya santa".
Tapi, itu cuma harapan.
Seperti anak-anak lain punya harapan untuk bertemu denganmu,
begitulah juga aku.
Aku tahu, untuk bersua engkau pasti malu.
Tak mengapa, jika tak mahu bertemu.
Aku mahu engkau tahu, aku tak pernah harapkan hadiah darimu.
Cukuplah engkau tahu yang aku mahu semuanya kembali seperti dulu.

Mak, tunggu aku di syurga ya!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...