21.12.11

Beban di hujung benang.

Oleh / By: Iki.Ali


Aku terasa
Beratnya penghadang lensaku
Beratnya bagai ada beban di hujung benang

Bukan mudah hendak melawan si beban di hujung benang
Kerana rakan baiknya syaitan
Si syaitan penggoncang iman
Yang asyik memberiku godaan

Aku terasa
Beratnya penghadang lensaku
Beratnya mahuku untuk terus menahanmu
Yang semakin lama, semakin kuyu

Jika aku menurut hawa nafsu
Dan terus menurut katamu
Apa yang terjadi di sekelilingku
Kan temui jalan buntu
Usahaku hanya lebur sebegitu

Beban di hujung benang
Ingat, kau takkan menang
Kalau aku terus menjulang
Kalau aku mahu terbang
Bukan dalam tidak sedar
Tetapi bersama unggas di udara segar

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...