7.10.11

MATI

Oleh / By: Alyssa


aku tak tahu kenapa
setiap kali aku cakap pasal mati
semua orang marah aku
semua orang tak nak bercakap dengan aku dah lepas tu

selama beberapa jam
mereka akan kunci mulut
atau mungkin hanya selama 5minit;
ah 5minit pun dah cukup menyeksakan sebenarnya
haih

siyesly, aku tak tahu kenapa
benar benar tak tahu kenapa
kerana aku rasa
cakap pasal mati tu perkara biasa

beat;

bagi aku; biasa
bagi orang keliling aku; luar biasa
apa yang luar biasanya?
semua orang akan mati juga
atau sebenarnya
mereka takut mati?

dan faktanya;
aku pun takut mati juga
sumpah aku tak pernah main main
kalau cakap pasal mati

beat;

tapi aku pernah bertanya pada dia
kalau aku hampir mati di hadapan dia
apakah respon dia?

beat;

tak ada jawapan
biasalah, semua orang yang aku jumpa setakat ni
akan terus jadi bisu kalau aku cakap pasal mati
haih
[tolonglahjanganbagiakumengeluhlagiplease]

unbeat;

"aku tak akan benarkan doktor tu bagi kau mati"

beat;

mulut aku pula terkunci
ya,
aku

bytheway,
terima kasih
baru aku tahu kenapa
semua orang tak beri respon pada aku
kalau aku bercakap pasal mati

mungkin
kerana mereka sayang aku
ya, aku baru tahu
benar benar baru tahu

unbeat

3 ulasan:

Unknown berkata...

Sama mcm aku, bila aku ckp pasal mati jer, ramai yang bagi beratus komen...yang xtahan lagi, siap tanya, ko dh ready ker....dah banyak amalan ker...

haishhhh...

bagi aku, benda tu normal utk borak n bercakap, at least bila bercakap,kita ingat yang kita hidup ni utk siapa n kita tidak leka dengan world games nih...hahaha

apa2 pun, enjoy da life before dead.

nFx
noframex.blogspot.com

ALI berkata...

yes sgt normal tp semua prg tapaham kita kan :) yes u too. enjoys every moments okay <3

ALI berkata...

*org

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...