7.10.11

Mungkin Betul Apa Yang Aku Fikirkan!

Oleh / By: Elie Lily


Lokasi : Cafe Ibu
Masa: 9-10.30 pagi

aku duduk bersama seorang senior sambil menikmati sarapan pagi.beliau dengan nasi goreng bersama ayam, dan aku dengan bihun goreng dan bergedil. Kami bercakap mengenai banyak perkara! dan aku, pasti akan bertambah ilmunya (walaupun-secara-tidak-sengaja)...

sedang bercakap mengenai hal itu dan ini, tiba-tiba satu soalan datang dari beliau..

In relationship, jujur dengan setia, mana lagi penting?

aku diam! lebih kurang 5 hingga 10 saat juga aku diam! diam aku tanda sedang berfikir! hati aku kata "jujur penting, tapi setia pun penting!" Hey! nak jawab apa ya?? untuk beberapa second, aku confius! sekali lagi dia bertanya..

Antara jujur dengan setia, mana lagi penting?

Aku jawab..

Jujur! Jujur lagi penting dari setia!

Dia bertanya...

Kenapa pilih Jujur? Kenapa tak setia?

Aku pandang dia..dan aku jawab..

Sebab kalau someone tu jujur, dia akan menjadi seorang yang setia..tapi kalau dia setia, dia tak semestinya akan menjadi seorang yang jujur! Betul?

beliau senyum dan mengangguk! untuk beberapa saat, aku kembali terfikir..

Mungkin betul apa yang aku fikirkan..

p/s: Hati aku tak selalunya berkata betul, tapi kadangnya sukar untuk menidakkan kebenaran! :)

1 ulasan:

Leo "Ricky" Huzair berkata...

Saya pilih jujur...:p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...