Oleh / By: Iki.Ali
Perkataan 'senorita' ni tak silap aku perkataan bahasa Sepanyol. Lepas tu, Merriam-Webster cakap senorita
ni gelaran untuk wanita Sepanyol atau wanita yang bercakap bahasa
Sepanyol yang tak kahwin lagi. Pedulikanlah. Tapi, yang penting, nama
zine ni langsung tak misleading. Zine ni adalah koleksi chick-lit 16
penulis wanita muda tentang isi hati
mereka dalam bentuk puisi, cerpen, dan kuotasi. Yeah. Dah tak ada benda
lain nak terangkan di sebalik rasional penamaan zine ni.
Mungkin sebab aku lelaki, kadang-kadang (sebenarnya, hampir semua) memang aku tak masuk apa yang depe ni cuba nak sampaikan. Bila aku baca zine ni, aku confuse kejap; perempuan ni complicated ke tidak? Itu yang buatkan kaum Hawa ni complicated. Sebab majoriti kandungan zine ni bertemakan keindahan cinta, betapa kelamnya cinta, masalah perhubungan antara lelaki dan wanita, dan kekacauan emosi. Jarang sekali aku nampak karya tentang sudut lain kehidupan dalam zine ni; pasal masyarakat ke, pasal masalah sosial ke. Kalau ada pun, cuma untuk metafora atau allusion bagi melambangkan masalah emosi depe semata-mata. Tapi, ada jugalah karya deep yang susah juga aku nak tafsir ikut pemahaman aku ni, contohnya macam Cerun Ad Solis karya Fiq Rashid. Karya muhasabah diri pun ada juga (yang aku agak suka), macam of war, shadow and dogs oleh Neb Dagga (bukan sebab dia bahasa Inggeris semata-mata, tapi dia betul-betul semacam menganalisis diri kalau ikut pemahaman aku).
Secara keseluruhannya... zine ni ada promise.
Bolehlah. Sebab sesetengah tu pandai mainkan bahasa dengan cantik
sekali, walaupun pengisiannya masih kelam. Ada juga yang terlalu
mencuba. Biasalah, dah lumrah penulisan indie, kan? Anyway, kepada para
wanita kat luar sana yang memerlukan 'kawan' untuk menemani emosi korang
yang kacau, then zine ni sememangnya untuk korang. Kalau si lelaki pula
nak beli dan baca zine ni sebab nak faham cara depe berfikir, aku rasa berusaha keras untuk convince kaum
wanita untuk tak berselindung dalam nak meluahkan perasaan depe lagi
berbaloi. Kalau korang nak beli untuk mempelbagaikan perspektif hidup...
pun boleh juga. Aku rasa aku nak beli juga isu kedua zine ni kalau ada
rezeki untuk tengok perkembangan depe; ada ke tidak.
Apa-apahal, kalau korang berminat, bolehlah melawat Facebook page dan Twitter depe untuk maklumat lanjut macam mana nak dapatkan.
Sekian.
P/S: Aku beli dan baca pun sebab Alyssa, salah seorang penulis 9Belas Zine terlibat dalam projek ni. Ihik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan