7.4.12

TEMAN LELAKI PURA PURA

Oleh / By: Alyssa


"Siapa mahu jadi teman lelaki pura pura aku? Kau mahu tak, Andi?" dengan mata kuyu yang penuh dengan beberapa jenis kesedihan, Ramona tersenyum sehingga menampakkan barisan giginya yang mula menguning; semuanya akibat terlalu banyak nikotin disedutnya semenjak dirasakan hatinya terhenyak dan mati. Andi memandang Ramona, lama.

"Dungu apa kau, Ramona? Bagaimana dengan James? Kau mahu digelar perempuan jalang lagi oleh dunia? Kau masih belum serik dengan hukuman dunia dulu?" berkerut dahi Andi memikirkan ketidakwarasan Ramona.

"Aku bukan wanita jalang, aku cuma mahu dia rasa dua ratus lebih dalam apa yang aku rasa saat ini. Jadi, siapa mahu jadi teman lelaki pura-pura aku ni?"

Perbualan mereka mati. "Ramona memang sentiasa begini. Psikosis tahap bullshit," monolog Andi, perlahan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...