Oleh / By: Iki.Ali
Kategori: Fiksyen Format: Novel Penulis: Gina Yap Lai Yoong Rilis: 2011 Penerbit: Buku Fixi |
Ya. Aku telah buat pun yang sangat tak fun untuk tajuk entri kali ni. Pedulikan. Sebab memang aku nak ulas pun novel terbitan Buku Fixi
yang aku dah lama beli ni (yakni masa event BOCO tahun lepas yang aku
dah pergi tapi malas gila nak cover) tapi baru nak baca petang tadi.
Bagi aku, novel Ngeri ni...
sangat senang. Senang macam mana tu? Teruskan membaca ulasan novel
pertama dari aku yang tak berapa hebat ni; sebab aku nak buat segenerik
yang boleh.
Pertama
sekali, betapa senangnya aku nak baca novel ni. Ayatnya
straightforward,
tak berapa nak meleret dan agak normal walaupun cara perbualan watak
agak kekok. Sebenarnya, ringan je novel ni. Pelik aku baca tak pening
walaupun cara pembunuhan dia memang work of complex art; macam penulis
ni pula yang psikotik. Perkembangan plot pun natural juga; pandai si
penulis gunakan pelbagai setting dalam
novel ni untuk menerangkan subplot yang penting kalau nak faham novel
ni sepenuhnya. Lepas tu, tak adalah terus ayat penerangan / dialog
memanjang macam yang aku selalu nampak dalam novel yang konvensional;
kalau karakter tengah berbalas emel, masa tu memang korang rasa macam
tengah baca emel. Kalau tengah borak dekat telefon, memang macam tengah
borak kat telefon. Senang nak ikut bila area percakapan tu diberikan
ruangnya tersendiri macam tu.
Kedua, pasal tajuknya sendiri. Ngeri; senang nak confirm yang novel ni menakutkan. Tak payah nak tajuk fancy-fancy. Bagus juga polisi 'tajuk satu perkataan' Buku Fixi ni atas buku-buku terbitan depe; depe tak nak menyusahkan kepala otak para pembaca.
Seterusnya,
foto muka depan dan deskripsi ringkas novel ni di bahagian belakang.
Foto tu menunjukkan satu tangan yang memegang pisau dan berlumuran
darah; unsur tipikal yang begitu senang dikaitkan dengan perkataan ngeri.
Deskripsi belakang pula, senang-senang bagi tau siapa yang terlibat dan
apa yang terjadi. Joanne, Samuel, dan Rehan; tiga orang pelajar filem
yang nak menghasilkan filem-filem bertaraf Hollywood yang berunsurkan
pembunuhan sadis. Senang-senang je korang kena tipu. Sebab apa? GENERIC SPOILER ALERT:
Mana ada pembunuhan mudah dan tipikal macam yang diilustrasikan dekat
muka depan novel ni! Babak-babak pembunuhannya sebaliknya akan buat
korang rasa seram sejuk, rasa macam patung daging, rasa terkurung, dan
rasa macam barang-barang berharga korang disorokkan. Lagi satu; mana ada
tiga-tiga orang sekali yang nak buat filem psikotik! Sorang je! Itu pun
korang takkan tau siapa walaupun nama tiga watak utama dah pun disebut!
Depe ni pun masih bergelar pelajar filem, bukannya dah hebat! Tak faham
rumusan aku? Nak tau apa jadi betul-betul? Baca sendirilah!
Sekian laporan tentang novel Ngeri aku
yang sangat senang dan malas nak gunakan ayat-ayat teknikal, sebab
novel ni pun tak banyak ada ayat-ayat teknikal biarpun wataknya belajar
di sekolah filem.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan