12.11.11

Sebuah reviu teater: 'Teater Juta-Juta ke Putrajaya'... memang FANTASTIK!

Oleh / By: Iki.Ali


Gua promoter tak berbayar. So?
Salam (aku taknak tambah '1Malaysia' sebab aku tak sokong).

Aku rasa malam sebelum 11/11/11 lagi gempak dan bermakna daripada malam yang aku sebut tu sendiri. Kenapa? Sebab senior aku yang agak jauh umurnya (rasanyalah kot) daripada aku bersama geng-gengnya macam tau-tau je aku dah terlepas peluang nak tonton edisi asal Teater Juta-Juta ni yang kebetulan berlangsung dalam lingkungan masa yang sama tugasan aku dok bertenggek dekat minggu-minggu terakhir atas tengkuk aku masa semester last diploma aku dekat UiTM. Aku dah macam, "Damn! Nak tengok! Dahlah showcase budak bilik sendiri pun aku tak dapat nak pergi. Ini pun aku nak miss jugak ke? Argh!" Alih-alih, tiba-tiba depe bawak pulak teater tu ke Putrajaya, rumah sementara aku sekarang ni. Lepas tu, aku dah tau apa impian jangka pendek aku... AKU MESTI TENGOK TEATER NI! Nak nak memang aku tau bas mana lalu venue teater ni! Dan yang best jugak... aku pergi masa malam pembukaan!

Mak aih. Panjang benau mukadimahnya! OK, aku kena pergi terus ni. Jadi, itulah ceritanya pasal keinginan aku nak ke sana. Ni sekarang nak cerita pulak pasal Teater Juta-Juta yang sangat sinikal ni. Edisi asalnya pernah dipentaskan dekat Stor DBP September lepas. Tapi, sebab sambutan menggalakkan, kali ni depe bawak pulak teater ni ke Putrajaya, dan kata depe, ini merupakan teater yang PERTAMA pernah dibuat dekat Putrajaya ni. Daaaaayum... gila loser rupanya tempat duduk aku ni sekarang, lagi-lagi untuk tempat yang beratmosfera lain sikit daripada Malaysia ni. Aku rasa korang dah grad tadika, jadi... bolehlah baca sendiri segala info yang terpampang dekat poster promosi Teater Juta-Juta ke Putrajaya ni; kat situ ada nama pelakon (boleh teka kot siapa yang mana satu), nama pengarah, tempat pementasan, hari pementasan, waktu pementasan... semua dah ada.

Anyway, basis cerita dia senang je; teater ni pasal sekumpulan manusia graduan FANTASTIK (terang-terang parodi kepada fakulti 'racist' yang aku  pernah masuk dulu) yang berimpian besar nak buat satu teater yang boleh menarik perhatian tajaan syarikat-syarikat besar. Tapi, depe semua tak berkenan dengan konsep teater tiga ekor manusia ni yang lebih kepada approach yang bukan tipikal. Jadi, dekat situlah terbitnya pelbagai drama menarik di belakang tabir pitching, selepas pitching, dan semasa pitching idea baru dekat para penaja yang dibantu oleh pelbagai flashbackflash forward, dan banyak gila elemen 'breaking the fourth wall untuk menggerakkan plot teater ni.

Secara kasarnya, dari segi persembahan, berdasarkan apa yang pernah diwarwarkan oleh salah seorang pelakon teater ni, Aloy Paradoks dalam blognya, inilah apa yang pengarah Fasyali Fadzly cakap pasal stail Teater Juta-Juta ni,

"Aku nak buat show yang kasar dari segi look dan lakonannya... Kalau dia tukar baju, aku nak buat dia memang nampak raw dan tak kemas, pertukaran watak jugak macam tak clean." 

Sejujurnya aku cakap, memang ini yang aku nampak dalam teater ni. Sememangnya Fasyali kotakan visinya untuk Teater Juta-Juta ni. Setnya sangat mudah; segala kostum pun boleh main gantung dan campak je kat satu area pentas tu yang memang tempat gantung kostum pun. Pentasnya pulak dibina untuk jadi sangat fleksibel supaya senang untuk diubah mengikut kesesuaian babak. Dan disebabkan latar teater ni adalah sesi pitching sekumpulan manusia ni, layar besar yang bertenggek atas kepala depe pun ada untuk turut membantu lagi penceritaan teater ni. Transition karakter pulak... mak aih; depe ni tak kisah pun kalau masa dah tukar watak tu baju depe tak betul, sebab masa tengah mengeluarkan dialog tu jugaklah depe betulkan baju depe. Tapi, orang tak marah, sebab aku rasa memang orang faham ini semua sebahagian daripada persembahan. Lakonan? Selamba, tak kekok, dan gampang (in a good way). Sememangnya bertepatan dengan kehendak Fasyali; raw. Ini buktinya:

Ini set pentas bila kosong. Taklah besar pun.
Masa tukar karakter. Tengok si Anas tu; rilek je betulkan baju masa tengah berdialog!
Tengah mengubah set sambil terus berdialog. Tak ada pun nak tunggu lampu gelap dulu ke apa. Style, kan?
Dari segi penceritaan pulak... hmm... pernah dengar cerita Six Characters in Search of an Author karya Luigi Pirandello tak? Alaahh... pasal 6 orang 'karakter' memerlukan sorang pengarah teater untuk lengkapkan cerita diorang? Tak pernah? Hmm... cerita Inception? Pernah? Ini mesti pernah, kan? Macam tulah cara nak menerangkan pergerakan naratif cerita ni; tapi yang ini nampak gila masa nak dekat penghujunglah.  Mana boleh aku bagitau macam mana cerita dia sebijik-sebijik; kantoilah. Pergi cari sendiri. Dari segi pergerakan masa, teater ni menggunakan kaedah non-linear; tengah cerita letak depan, belakang cerita letak tengah, mula cerita letak belakang. Tapi yang seronoknya, walaupun transition dia sangat raw, senang jugak nak meneka babak yang mana masa untuk bila. Rasanya itulah yang bagus pasal 'kementahan' transition babak-ke-babak teater ni; untuk bagi orang senang faham.

Dari segi isu pulak, bagi aku, sememangnya teater ni terang-terangan mengkritik bukan je dunia teater, tapi dunia showbiz tu sendiri secara keseluruhannya; di mana dekat sini kapitalislah yang memegang kuasa untuk integriti sesebuah karya tu, bukannya pengkarya tu sendiri... sampai pengkarya pun terpaksalah menerapkan pelbagai unsur-unsur yang sampah dan tak diperlukan demi ingin membuka mata manusia tentang seni teater yang sebenar, biarpun depe terpaksa menipu orang ramai dengan mengatakan teater tu teater yang 'sebenar.'  Walaupun dari segi jalinan plot tu macam Inception, tapi sebenarnya cerita ni lebih dekat dengan Six Characters in Search of an Author, sebab teater ni jugak merupakan 'play-within-a-play', sebab supaya untuk buat orang tau teater ni memang pasal teater, depe kenalah letak jugak unsur teater tu dalam teater ni supaya orang tau cerita ni pasal dunia teater. Cis, aku cakap pun dah berbelit ni, tapi itulah point aku. Nampak je teater ni macam berbelit, tapi tak pun. 'Play-within-a-play' ni jugak banyak mengkritik pelbagai isu sosial seperti SISTEM dan TAMADUN MANUSIA! Memang lawak!

Secara kesimpulannya... pergilah tengok teater ni. Kalau korang dah menyampah dengar bunyi cengkerik hampir setiap malam, datanglah tengok teater ni untuk dengar bunyi orang bergelak ketawa pulak. Sebab seronok benau menggelakkan golongan kapitalis ni yang suka-suka je buat 'panduan' untuk pengkarya ikut (sebenarnya tak payah pun). Masa aku sambung tulis ulasan ni pun dah hari Sabtu (aku mula tulis lepas malam pertama teater tu habis), jadi korang ada dua hari lagi untuk tengok Teater Juta-Juta ni. Korang nampak je RM20 tu tak layak untuk teater yang berset cikai macam ni, tapi percayalah; pengisiannya sebenarnya yang bernilai RM20. Teater ni dah pun membuktikan bahawa kita tak perlukan set yang terlalu kompleks dan fancy untuk sesebuah cerita tu jadi seronok; yang penting cerita tu kena berkualiti, dan sememangnya teater ni ada cerita dan kualitinya sangat bagus! Apa lagi...

Dari kiri: Fazleena Hishamudin (yang sangat lawa bila jumpa depan-depan!), aku, Aloy Paradoks, Anas Ridzuan
Kalau korang nak bergambar dengan pelakon teater ni yang sangat osem (masa ni tuan pengarah tengah meneran, jadi tak sempat nak bergambar dengan dia sekali), datanglah tengok ye? Sekian.

3 ulasan:

Juliet_iRa~" berkata...

ohh xpng tdengar lg psl teater ni...

u mn y buat?

btw, xda kat sel..huuu..

so xleh tgk la...

Iki Ali berkata...

ini independent ni, tapi director dengan salah sorang pelakon budak UiTM Puncak Perdana, Shah Alam.

dulu ada kat area KL. ni kat Putrajaya plak dey'all buat. haa.

Azizi Dain berkata...

teringin nk tegok 'the chair'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...