Oleh / By: Iki.Ali
Gua promoter tak berbayar. So? |
Salam (aku taknak tambah '1Malaysia' sebab aku tak sokong).
Aku
rasa malam sebelum 11/11/11 lagi gempak dan bermakna daripada malam
yang aku sebut tu sendiri. Kenapa? Sebab senior aku yang agak jauh
umurnya (rasanyalah kot) daripada aku bersama geng-gengnya macam tau-tau
je aku dah terlepas peluang nak tonton edisi asal Teater Juta-Juta ni
yang kebetulan berlangsung dalam lingkungan masa yang sama tugasan aku
dok bertenggek dekat minggu-minggu terakhir atas tengkuk aku masa
semester last diploma aku dekat UiTM. Aku dah macam, "Damn! Nak
tengok! Dahlah showcase budak bilik sendiri pun aku tak dapat nak pergi.
Ini pun aku nak miss jugak ke? Argh!" Alih-alih, tiba-tiba depe bawak
pulak teater tu ke Putrajaya, rumah sementara aku sekarang ni. Lepas tu,
aku dah tau apa impian jangka pendek aku... AKU MESTI TENGOK TEATER NI!
Nak nak memang aku tau bas mana lalu venue teater ni! Dan yang best jugak... aku pergi masa malam pembukaan!
Mak
aih. Panjang benau mukadimahnya! OK, aku kena pergi terus ni. Jadi,
itulah ceritanya pasal keinginan aku nak ke sana. Ni sekarang nak cerita
pulak pasal Teater Juta-Juta yang sangat sinikal ni. Edisi
asalnya pernah dipentaskan dekat Stor DBP September lepas. Tapi, sebab
sambutan menggalakkan, kali ni depe bawak pulak teater ni ke Putrajaya,
dan kata depe, ini merupakan teater yang PERTAMA pernah dibuat dekat
Putrajaya ni. Daaaaayum... gila loser rupanya tempat duduk aku ni
sekarang, lagi-lagi untuk tempat yang beratmosfera lain sikit daripada
Malaysia ni. Aku rasa korang dah grad tadika, jadi... bolehlah baca
sendiri segala info yang terpampang dekat poster promosi Teater Juta-Juta ke Putrajaya ni;
kat situ ada nama pelakon (boleh teka kot siapa yang mana satu), nama
pengarah, tempat pementasan, hari pementasan, waktu pementasan... semua dah ada.
Anyway, basis cerita
dia senang je; teater ni pasal sekumpulan manusia graduan FANTASTIK
(terang-terang parodi kepada fakulti 'racist' yang aku pernah
masuk dulu) yang berimpian besar nak buat satu teater yang boleh menarik
perhatian tajaan syarikat-syarikat besar. Tapi, depe semua tak berkenan
dengan konsep teater tiga ekor manusia ni yang lebih
kepada approach yang bukan tipikal. Jadi, dekat situlah terbitnya
pelbagai drama menarik di belakang tabir pitching, selepas pitching, dan
semasa pitching idea baru dekat para penaja yang dibantu oleh pelbagai flashback, flash forward, dan banyak gila elemen 'breaking the fourth wall untuk menggerakkan plot teater ni.
Secara kasarnya, dari segi persembahan, berdasarkan apa yang pernah diwarwarkan oleh salah seorang pelakon teater ni, Aloy Paradoks dalam blognya, inilah apa yang pengarah Fasyali Fadzly cakap pasal stail Teater Juta-Juta ni,
Sejujurnya aku cakap, memang ini yang aku nampak dalam teater ni. Sememangnya Fasyali kotakan visinya untuk Teater Juta-Juta ni. Setnya sangat mudah; segala kostum pun boleh main gantung dan campak je kat satu area pentas tu yang memang tempat gantung kostum pun. Pentasnya pulak dibina untuk jadi sangat fleksibel supaya senang untuk diubah mengikut kesesuaian babak. Dan disebabkan latar teater ni adalah sesi pitching sekumpulan manusia ni, layar besar yang bertenggek atas kepala depe pun ada untuk turut membantu lagi penceritaan teater ni. Transition karakter pulak... mak aih; depe ni tak kisah pun kalau masa dah tukar watak tu baju depe tak betul, sebab masa tengah mengeluarkan dialog tu jugaklah depe betulkan baju depe. Tapi, orang tak marah, sebab aku rasa memang orang faham ini semua sebahagian daripada persembahan. Lakonan? Selamba, tak kekok, dan gampang (in a good way). Sememangnya bertepatan dengan kehendak Fasyali; raw. Ini buktinya:
"Aku nak buat show yang kasar dari segi look dan lakonannya... Kalau dia tukar baju, aku nak buat dia memang nampak raw dan tak kemas, pertukaran watak jugak macam tak clean."
Sejujurnya aku cakap, memang ini yang aku nampak dalam teater ni. Sememangnya Fasyali kotakan visinya untuk Teater Juta-Juta ni. Setnya sangat mudah; segala kostum pun boleh main gantung dan campak je kat satu area pentas tu yang memang tempat gantung kostum pun. Pentasnya pulak dibina untuk jadi sangat fleksibel supaya senang untuk diubah mengikut kesesuaian babak. Dan disebabkan latar teater ni adalah sesi pitching sekumpulan manusia ni, layar besar yang bertenggek atas kepala depe pun ada untuk turut membantu lagi penceritaan teater ni. Transition karakter pulak... mak aih; depe ni tak kisah pun kalau masa dah tukar watak tu baju depe tak betul, sebab masa tengah mengeluarkan dialog tu jugaklah depe betulkan baju depe. Tapi, orang tak marah, sebab aku rasa memang orang faham ini semua sebahagian daripada persembahan. Lakonan? Selamba, tak kekok, dan gampang (in a good way). Sememangnya bertepatan dengan kehendak Fasyali; raw. Ini buktinya:
Ini set pentas bila kosong. Taklah besar pun. |
Masa tukar karakter. Tengok si Anas tu; rilek je betulkan baju masa tengah berdialog! |
Tengah mengubah set sambil terus berdialog. Tak ada pun nak tunggu lampu gelap dulu ke apa. Style, kan? |
Dari segi penceritaan pulak... hmm... pernah dengar cerita Six Characters in Search of an Author karya Luigi Pirandello tak?
Alaahh... pasal 6 orang 'karakter' memerlukan sorang pengarah teater
untuk lengkapkan cerita diorang? Tak pernah? Hmm... cerita Inception?
Pernah? Ini mesti pernah, kan? Macam tulah cara nak menerangkan
pergerakan naratif cerita ni; tapi yang ini nampak gila masa nak dekat
penghujunglah. Mana boleh aku bagitau macam mana cerita dia
sebijik-sebijik; kantoilah. Pergi cari sendiri. Dari segi pergerakan
masa, teater ni menggunakan kaedah non-linear; tengah cerita letak
depan, belakang cerita letak tengah, mula cerita letak belakang. Tapi
yang seronoknya, walaupun transition dia sangat raw, senang jugak nak
meneka babak yang mana masa untuk bila. Rasanya itulah yang bagus pasal
'kementahan' transition babak-ke-babak teater ni; untuk bagi orang
senang faham.
Dari
segi isu pulak, bagi aku, sememangnya teater ni terang-terangan
mengkritik bukan je dunia teater, tapi dunia showbiz tu sendiri secara
keseluruhannya; di mana dekat sini kapitalislah yang memegang kuasa
untuk integriti sesebuah karya tu, bukannya pengkarya tu sendiri...
sampai pengkarya pun terpaksalah menerapkan pelbagai unsur-unsur yang
sampah dan tak diperlukan demi ingin membuka mata manusia tentang seni
teater yang sebenar, biarpun depe terpaksa menipu orang ramai dengan
mengatakan teater tu teater yang 'sebenar.' Walaupun dari segi jalinan
plot tu macam Inception, tapi sebenarnya cerita ni lebih dekat dengan Six Characters in Search of an Author, sebab teater ni jugak merupakan 'play-within-a-play',
sebab supaya untuk buat orang tau teater ni memang pasal teater, depe
kenalah letak jugak unsur teater tu dalam teater ni supaya orang tau
cerita ni pasal dunia teater. Cis, aku cakap pun dah berbelit ni, tapi
itulah point aku. Nampak je teater ni macam berbelit, tapi tak pun.
'Play-within-a-play' ni jugak banyak mengkritik pelbagai isu sosial
seperti SISTEM dan TAMADUN MANUSIA! Memang lawak!
Secara
kesimpulannya... pergilah tengok teater ni. Kalau korang dah menyampah
dengar bunyi cengkerik hampir setiap malam, datanglah tengok teater ni
untuk dengar bunyi orang bergelak ketawa pulak. Sebab seronok benau
menggelakkan golongan kapitalis ni yang suka-suka je buat 'panduan'
untuk pengkarya ikut (sebenarnya tak payah pun). Masa aku sambung tulis
ulasan ni pun dah hari Sabtu (aku mula tulis lepas malam pertama teater
tu habis), jadi korang ada dua hari lagi untuk tengok Teater Juta-Juta
ni. Korang nampak je RM20 tu tak layak untuk teater yang berset cikai
macam ni, tapi percayalah; pengisiannya sebenarnya yang bernilai RM20.
Teater ni dah pun membuktikan bahawa kita tak perlukan set yang terlalu
kompleks dan fancy untuk sesebuah cerita tu jadi seronok; yang penting
cerita tu kena berkualiti, dan sememangnya teater ni ada cerita dan
kualitinya sangat bagus! Apa lagi...
Dari kiri: Fazleena Hishamudin (yang sangat lawa bila jumpa depan-depan!), aku, Aloy Paradoks, Anas Ridzuan |
Kalau korang nak
bergambar dengan pelakon teater ni yang sangat osem (masa ni tuan
pengarah tengah meneran, jadi tak sempat nak bergambar dengan dia
sekali), datanglah tengok ye? Sekian.
3 ulasan:
ohh xpng tdengar lg psl teater ni...
u mn y buat?
btw, xda kat sel..huuu..
so xleh tgk la...
ini independent ni, tapi director dengan salah sorang pelakon budak UiTM Puncak Perdana, Shah Alam.
dulu ada kat area KL. ni kat Putrajaya plak dey'all buat. haa.
teringin nk tegok 'the chair'
Catat Ulasan