7.10.11

Ursula dalam Kelab AGELI

Oleh / By: Akemi Siegel


"Hai, nama saya Ursula. Hari ini, saya nak kongsi sedikit cerita. Semua orang puji saya bijak, berbakat dan pandai tapi saya sangat pasti tentang satu hal. Saya tahu saya hodoh. Ya, saya memang hodoh sejak lahir. Kehidupan menjadi seorang manusia hodoh bukannya senang. Kerana kelemahan ini, saya berusaha keras untuk membina sifat-sifat yang disukai orang. Sifat-sifat yang dipanggil manusia cantik, sempurna dan bukan hodoh. Saya berusaha untuk menarik perhatian dan tumpuan orang. Saya mencari sesuatu yang sering disembunyikan oleh perempuan-perempuan cantik iaitu akal fikiran. Saya rasa ini adalah satu pilihan yang buruk, kerana tiada sesiapa yang suka berdamping dengan perempuan hodoh sekalipun dia bijak dan berbakat...

Jadi, saya rasa lebih baik saya jadi perempuan yang kelakar, suka buat lawak. Malangnya, hal ini sudah menarik perhatian golongan homoseksual. Kadang-kadang, saya dah tak tahu nak buat apa. Saya nak jadi diri sendiri dan berharap orang sukakan saya. Saya pernah berfikir biarpun saya ini hodoh, tapi Tuhan menganugerahkan saya semangat yang kental dan kuat. Mungkin sebab itulah setiap kali saya didatangi masalah, saya tidak merasa dibebani akan masalah itu malah saya dapat menyelesaikannya dengan mudah. Mungkin sebab saya cuma perempuan biasa."

Tepukan semangat dan sorakan kebebasan memenuhi ruang bilik itu. Hari itu dalam perjumpaan Kelab AGELI, Ursula seorang yang berani.


P/S: Cerita tak ada kaitan dengan kehidupan penulis. Penulis cuma menyampaikan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...