19.8.13

Sebuah reviu filem-filem yang akan datang: 'Mana Mau Lari' dan 'Hantu Tok Mudim'

Oleh / By: Iki.Ali


Hah. Inilah dia filem-filem yang aku kata aku nak reviu sebelum ni sebenarnya. Lama sangat dah aku tunda. Peh. Filem-filem ni walaupun aku dah lama tonton, tapi tak keluar lagi kat pawagam. Tapi nak kata aku ni privileged, tak juga. Sebab filem-filem ni bukannya cinema-worthy pun. Tapi sekurang-kurangnya filem yang ada hantu macam samurai tu lagi sedaplah untuk ditonton berbanding yang lagi satu tu. Nanti aku bagitau pasai pa, na.


Seperti yang dapat dibaca dalam poster promosi di atas, aku telah dipaksa (YA, DIPAKSA) untuk menonton filem-filem ni (sebenarnya Mana Mau Lari je yang aku terpaksa tengok disebabkan oleh misinformation yang disengajakan daripada korang-kenal-siapa sebab aku ingat markah aku akan dipotong kalau tak tengok; tiket dia pulak 2-dalam-1, jadi terpaksalah tengok sekali Hantu Tok Mudim!) yang dipakejkan sebagai majlis Malam Apresiasi Filem 2013 sempena hari anugerah Malam KaryaOne 2013 (aku masih tak boleh terima kehodohan nama ni!) yang katanya nak menghargai karya-karya kreatif para pelajar UiTM (dulu untuk pelajar fakulti aku je, tapi depe kasi pulak semua UiTM masuk sekali tahun ni). Maklumat pasal tayangan ni ada dalam poster kat atas.

Tanpa melengahkan masa, inilah dia pandangan aku tentang dua filem tempatan akan datang ni!

(AMARAN: SPOILER ada BANYAK GILA! Serius!)

Mana Mau Lari
Pengarah: Abdul Razak Mohaideen
Penerbit: Abdul Latiff Mohaideen
Lakon layar: Ahadiat Akashah
Pelakon: Tauke (Jambu), Yasin, Shuk (Balas), Alif Yasraff, Saiful Apek
Hari tontonan: 20 Jun 2013
Rilis: -Akan datang-
Studio: Line Clear Productions
Pengedar: Tayangan Unggul, Astro Shaw

Cerita ni... penuh ironi. Orang putih kata 'the name says it all.' Sungguh. Aku macam taknak cakap apa-apa pun pasal filem ni, tapi kena jugak sebab aku nak bagitau yang filem ni langsung takkan memanfaatkan masa menonton dan duit korang; walaupun sebagai penghilang stress... sebab korang akan lagi stress kalau tonton filem ni disebabkan sifat terlalu mencubanya yang sangat ketara. Dah lama sangat aku tunda nak reviu filem ni sampai aku terlupa nama watak-watak dia. 

Tapi, bagi aku secara kasarnya, filem ni nak cuba meyakinkan aku bahawa filem ni ada plot, watak, dan perwatakan, sebab watak si Tauke, yang merupakan ketua self-proclaimed sekumpulan pembawa motorsikal Harley Davidson (yang dok dibanggakan sebab al-maklumlah... HARLEY-EFFING-DAVIDSON SPONSOR BAI!) ni nak dijadikan cerita kena rembat bila geng ni pergi bercuti sebab nak raikan kemenangan si Tauke ni dalam satu perlumbaan motor-cross. Maka bermulalah 'pengembaraan' depe pergi mencari jejak motor yang hilang ni sampai asyik sesat dan tak jumpa-jumpa pun motor tu.

Itu jugaklah yang apa aku rasa masa menonton filem ni; sesat! Filem ni tak ada matlamat yang konkrit! Macam dia nak jadi semua benda; filem seram pun dia (dua kali jumpa hantu; kat dalam atmosfera dan keadaan yang terlalu sama pulak tu!), filem misteri pun dia (uuuh~ kereta tak ada pemandu terhuyung-hayang atas jalaaaan~!), filem komedi pun dia (komedi spontan tu memang seronok kalau buat sekali-sekala dan bukan sepanjang masa)... tapi yang dia promo-kan sebagai 'pengembaraan' dan jiwa bikers Harley Davidson tu yang aku tak nampak. Semacam subplot yang aku sebutkan ni hanyalah sekadar pemanjang dan penghias cerita semata-mata yang tak membantu pun kita untuk mengenali watak-watak filem ni serta situasi yang depe alami dalam filem ni, bahkan tak ada kaitan dan kena-mengena pun dengan cerita sebenar.

Celah kekurangan exposure budaya bikers tu aku tak reti nak cakap sebab aku memang tak ada pengalaman dan pengetahuan pasal benda tu. Tapi, celah pengembaraan tu aku bolehlah cakap sikit. Setau aku, dalam satu-satu pengembaraan tu, ada perkembangan dan pengajaran yang diorang dapat daripada semua tu. Tapi dari mula sampai habis, aku rasa langsung diorang tak belajar apa-apa (lagi-lagi dalam subplot depe jumpa hantu dua kali tu... langsung tak ada tujuan); sebab di pengakhir ceritanya, motor si Tauke tu hilang lagi sekali, dan diorang kena cari lagi sekali. Walaupun dengan senang-lenang dalangnya mengaku dia sendiri yang curi, kehilangan motor tu masih tak diterangkan dengan jelas, dan buat orang tepuk dahi lebih daripada merasakan yang pencurinya tu hanyalah nak prank si Tauke ni je sebenarnya dengan tujuan nak mencalarkan kelangsiannya.

Untuk menambahkan lagi komedi kononnya, filem-yang-orang-gila-senang-nak-faham-tapi-menggatal-nak-jadi-sofistikated ni diberikan seorang narator untuk 'menggerakkan' jalan cerita. Narator dia pulak terlalu mencuba untuk break-the-fourth-wall (maksudnya sini dia suka mengawal cerita tu dengan dok rewind-pause-play-flashback naratif sesuka hati dan asyik bercakap dengan watak dan penonton filem ni), semacam tak nak bagi peluang langsung visual dan dialog watak bercerita; ada je benda nak supplement, biarpun terang, jelas, dan nyata orang boleh faham apa yang sedang berlaku dalam satu-satu babak tu. Kalau cerita ni plotnya berat dan ada terlalu banyak subplot yang susah nak settle tak apa juga; masalahnya, semua benda yang berlaku tu terang-terang depe tengah buat dan cakap dengan jelas. Mende weh? Mende?

Sebenarnya, banyak lagi kelemahan yang aku nampak, tapi... aku taknak cakap. Aku rasa dia sendiri tau apa dia cakap, tapi dia sendiri taknak ikut (sebenarnya, hampir semua yang dia habaq kat pelajar dia mana dia nak ikut sangat). Haih.

Dahlah! Nampak tak aku sendiri sesat bila mengulas filem ni? Mana mau lari? Pusing-pusing, aku akan cakap jugak yang memang ada banyak filem lain yang korang boleh tonton di masa akan datang! ELAK DARI MENONTON FILEM NI BILA DAH KELUAR NANTI! Filem lagi satu tu pulak... lain ceritanya.

Hantu Tok Mudim
Pengarah & lakon layar: Waan Hafiz
Penerbit: Zarina A. Rahman
Pelakon: Izzue Islam, Harun Salim Bachik, Soffi Jikan, A.R. Badul, Adrea Abdullah
Hari tontonan: 21 Jun 2013
Rilis: 21 November 2013
Studio: Showbiz Productions

Dahsyat betul kreativiti pengarah filem ni; maksud aku, jenaka punai, atau nama Bahasa Inggeris-nya 'dick jokes', dijadikan filem untuk tontonan umum dengan menggunakan konsep berkhatan untuk menyelindung hasrat sebenarnya! Aku dahlah suka 'dick jokes' yang berkesan... dan filem ni sememangnya bagi aku apa yang aku sukakan tu... tapi masih dalam rating P13! Takkanlah filem ni akan dapat rating 18 kot, sebab aktiviti berkhatan tu sendiri untuk BUDAK-BUDAK, ye dok? Bukan setakat tu je, filem ni jugak banyak mengambil semangat filem berbajet rendah a.k.a. B-movie dan juga stail amatur pelajar universiti yang ada keghairahan nak bikin filem tapi dibuat secara tak terlalu serius sebab tak cukup bajet! Bunyi macam aku mengutuk, kan? Tapi bagi aku, inilah apa yang aku nampak, dan stail ni memang sangat sesuai dengan filem ni.

Premis filemnya gini; kat Kampung Seri Menawan, tinggallah seorang Tok Mudim (Harun Salim Bachik) yang gila lejen disebabkan oleh teknik berkhatannya yang sangat tak konvensional. Tapi, kredibilitinya tercabar bila dia ditugaskan untuk mengkhatankan anak Tok Penghulu (A.R. Badul) bernama Borhan (Izzue Islam) yang dah besar gajah gara-gara dia nak kahwin dengan gadis impiannya Salmah (Adrea Abdullah). Kegagalan dalam membuat kerjanya tu menyebabkan dia terkorban dengan tragis sekali. Rohnya pulak tak aman, jadi dia bersumpah untuk mengkhatankan semua penduduk kampung yang masih belum dikhatankan lagi olehnya walaupun dah jadi hantu.

Aku rasa pengarah filem ni tau yang kita ni dah biasa mendengar dengan kisah-kisah dan gelagat budak-budak berkhatan di kampung sana yang masih menggunakan cara lama, jadi dia rasa tak salah untuk benda tu dijadikan komedi dan diletakkan pulak elemen-elemen yang aku rasa terlalu absurd untuk suasana perkampungan Melayu supaya filem ni jadi lebih menarik. Maksud aku elemen absurd ni ialah dengan meletakkan banyak pengaruh anime (lebih-lebih lagi pada watak Tok Mudim yang sangat menyerupai samurai, ditambah pulak dengan koleksi senjata memotongnya yang aku rasa agak melampau untuk digunakan termasuklah sebilah katana... nak berkhatan je kot!), budaya pop (pengarah ni aku rasa mesti suka lepak kat laman web yang seangkatan dengan 9GAG ni... aku pasti!), dan juga gaya terkini perbualan muda-mudi di Malaysia yang kadang-kadang veteran-veteran kat kampung dalam filem ni pun guna jugak!

Ya, filem ni bagi aku tak seram langsung walaupun dipromosikan sebagai komedi seram. Mengejutkan, itu yalah kot... mungkin sebab diorang lebih dipengaruhi oleh teknik filem bergenre slasher (satu subgenre filem seram yang selalu US buat yang lebih kepada makhluk/manusia gila yang suka memotong-motong mangsanya) walaupun yang membunuh tu adalah roh Tok Mudim yang tak aman (ini pula elemen 'supernatural' yang sering digunakan dalam filem-filem di benua Asia). Tapi, sumpah tak seram.

Macam Mana Mau Lari jugak, filem ni pun menggunakan teknik breaking-the-fourth-wall (interaksi seakan-akan secara langsung bersama penonton). Tapi yang seronoknya pasal filem ni, filem ni sendiri sedar yang diri dia merapu. Bagi aku elemen ni lagi sesuai berada kat sini berbanding Mana Mau Lari. Dah nama setting kampung, jadi elemen-elemen kecik tu terlalu banyak dalam filem ni; dengan penduduk kampungnya yang ada personaliti sendiri walaupun ekstra je, dengan watak-watak pembantunya lagi. Jadi, dengan memecahkan dinding keempat tu dan bagi para watak 'menerangkan' apa yang sedang berlaku dalam filem ni terus kepada penonton, senanglah orang nak memahami satu-satu situasi tu dengan keadaan yang lebih santai supaya penonton tau mereka masih dihargai sebab filem tu sendiri yang 'melayan' penonton. Satu babak yang aku rasa 'what-the-hell' ialah babak di mana angry mob Kampung Seri Menawan cuba nak menangkap Tok Mudim yang cuba melarikan diri; tiba-tiba, babak tu berhenti sekejap sebab Tok Mudim dan angry mob tu penat kejar-mengejar dan siap boleh tanya pulak nak buat apa lepas berehat tu. Ingat tengah rehearsal ke apa? Korang masih dalam cerita kot! Adoi.

Nampak tak filem mana yang lebih baik dan aku rasa senang nak ulas? Korang rasa kalau dah buntu sangat nak tonton filem apa bila filem-filem ni keluar kat pawagam, korang rasa nak tonton yang mana? Buatlah pilihan yang bijak dan sokonglah industri filem kita. Sekian.

1 ulasan:

matomato berkata...

Ala citer just for fun yg buat research bagai baik bg idea kt diaorang idea penceritaan!...tgk cerita lu pulak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...