15.11.11

AKU TER-T.U.L.I.S.

Oleh / By: Azizi Dain


pernah aku terfikir, kenapa aku perlu menulis? kenapa dan bagaimana sesebuah penulisan itu boleh menimbulkan sesuatu makna yang kata orang lain daripada yang lain. kreatif, inovatif, kritis dan segala motif. bagi aku, penulisan yang baik adalah dari hati. tapi, cikgu-cikgu selalu pesan kalau nak jadi seorang penulis perlu kerap membaca, ya KERAP membaca. aku sangkal! kira-kira ramai juga yang mendalami ilmu kreatif menjadi semakin tak kreatif kerana perlu megikut 'rules' yang berderet-deret. buat itu salah, buat ini salah. hasilnya, malas lah buat. terus lesap. belajar tak ke mana, kreatif entah pergi mana dan sebagainya.

ya, impian aku untuk menjadi seorang penulis. kata kawan-kawan yang sedang menuntut ilmu sains, ilmu bedah dan yang hanya mengejar matawang dan kaya raya ria, mereka selalu memperlekehkan aku. perlekehkan apa yang aku pelajari.

"hello, setakat belajar menulis, tadika kita dah start okkkkhay" kata mereka. aku biarkan. tapi, terkadang aku juga terkesima dengan desakan fikiran mereka. ada betul juga.

cikgu ajar, penulisan yang baik adalah dari idea sendiri. penulisan yang baik perlu kukuh dari segi susun ayat, diksi dan kupasan topik. cikgu juga ajar bagaimana nak menerangkan sesuatu secara lengkap atau detail dengan membawa mood pembaca supaya tidak bosan.walaupun cikgu ajar, aku tak berjaya. hasilnya, lihat saja tulisan aku.

lihat, kawan para medic, kawan-kawan bedah. bukan mudah untuk menulis. ya, kalau menulis A, B dan C kita mula belajar mulai tadika. tapi belajar menulis essei 500 perkataan semasa SPM. berbeza bukan. begitu juga pengajian penulisan di tahap maha ini. ianya bukan semudah mengesip ibu jari di sore hari.

*konklusinya mudah. setiap apa yang wujud di dunia ini bersebab. di setiap kesukaran ada kemudahan. begitu juga sebaliknya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sejuk hati saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...