20.10.11

Ummi

Oleh / By: Manda Dawai


"Fatin, sini makan nasi meh. Umi goreng telur ni." Bukan main lagi si Rod Rod ni panggil anak dia.

Fatin baru sahaja mencecah usia 2 tahun, pada hari jadinya yang disambut secara sederhana semalam. Rod Rod hanya menjemput kawan-kawan terdekatnya seperti Danea, Danea 1 dan Danea 2. Pada hari jadi Fatin yang pertama dahulu, Rod Rod menyambutnya di Seoul City. Hal ini kerana suaminya berada di sana atas dasar kerja, out station. Cuma pada tahun ini, sekali lagi suaminya ber-out station di sana dan Rod Rod tidak mahu mengikutnya. Sebenarnya, Rod Rod ni bila-bila masa je boleh ke sana. Kerana keluarga belah suaminya memang semuanya tinggal dan berasal dari sana. Setakat out station ni, takda hal sangat. Tapi kalau ada konsert, memang Rod Rod takkan pernah lepaskan peluang.

Banyak kali keluar out station ni. Hehe. Bila kau sudah mendirikan rumahtangga, perkataan out station ni kau kena hati-hati sikit ye perempuan.

OK, sambung tadi. Umi dia nak bagi makan kat anak dia, Fatin tu kan?

"Fatin, sinilah... Penatlah Umi nak terkejar-kejar sana sini ni. Duduk diam-diamlah"

Rod Rod kalah dengan anak dia. Berlembut habis. Maki-maki dah hilang dari kamus hidupnya.

Fatin pun berlari macam kanak-kanak berumur 2 tahun terkedek-kedek memeluk Uminya.

"Pe ni, Mi?" tanya si Fatin sambil menguis-nguisnya.

Selain daripada perkataan 'Mi' dan 'Ba', Fatin hanya tahu cakap 'Pe ni' sahaja.

6 ulasan:

Aimi Rosli berkata...

"Maki-maki dah hilang dari kamus hidupnya"
HAHAHA!

kacau ja manda. aku baru ada tulis cerita tajuk Ummi juga. Kena tukar tajuklah ni.

syafiqakarim berkata...

haha out station sungguh?hahah
fatin anak yg comel -.-

Nizam Ijam berkata...

comel2 :)

YNA berkata...

chumil jah :)

salam kenal ya dik :)

Rodiah berkata...

woihh aku nak mintak royalti pasal hang guna nama rod rod

The Iki.Ali berkata...

mintak je kat dia, Diah. haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...