12.10.11

Surat Obeso kepada Phoebe

Oleh / By: Akemi Siegel


Surat bertarikh 1 Oktober 2011

Phoebe

Salam. Hmm...mungkin awak dah lupa saya. Saya Obeso. Beberapa minggu lepas saya pernah jumpa awak kerana masalah saya. Saya harap dengan jumpa awak saya boleh jadi sihat semula. Dulu saya takut sangat kalau-kalau berat badan saya naik. Sampai nak makan dan minum apa-apa pun saya tak berani. Memang teruk saya rasa masa tu dengan keadaan tubuh saya yang kurus kering. Saya jumpa doktor dan doktor bagi saya rawatan. Tapi cara itu tidak berkesan. Lalu saya bercadang untuk baca buku Lima Hari Menangani Pocrescophobia, manalah tau buku itu dapat membantu saya. Dan ternyata, cara ini berhasil gila-gila. Sekarang kalau nak makan dan minum apa-apa pun saya dah tak takut. Cara ini banyak membantu saya. Sekarang berat badan saya dah mula naik sikit. Dan saya pun dah tak kurus kering macam dulu. Senang cakap saya ada postur tubuh yang cantik sekarang. Terima kasih atas bantuan awak dan terima kasih kerana meminjamkan buku awak pada saya.

Obeso
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

Surat bertarikh 15 Oktober 2011

Phoebe

Salam. Harap awak masih ingat saya, Obeso. Beberapa minggu lepas saya ada tulis surat pada awak mengatakan saya dah kembali sihat. Terima kasih sekali lagi kerana sudah meminjamkan buku itu kepada saya. Memang benar dalam masa yang pendek saja saya sudah berjaya menaikkan berat badan. Tapi sekarang saya ada masalah lain. Saya rasa was-was dengan kondisi kesihatan saya sekarang. Bukan saya tak bersyukur saya dah sihat, tapi ini dah macam terlebih sihat pulak. Saya takut sekiranya ada efek sampingan daripada cara pemakanan yang saya amalkan sekarang. Hmm...kalau awak tak sibuk, boleh tak saya jumpa awak? Supaya kita dapat bincangkan masalah saya ini dengan lebih mudah. Saya amat berharap sekiranya kali ini awak dapat pinjamkan saya buku untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan.

Obeso

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...