17.10.11

Setelah Sekian Lama...

Oleh / By: Elie Lily


Setelah sekian lama..
aku duduk meneleku sambil menanti untuk bersama kamu!
dan aku tahu, ianya bodoh!
tapi tak mengapa..
kerana itu yang mampu aku lakukan...

semata-mata untuk kamu!

Setelah sekian lama..
aku menanti untuk berbicara dengan kamu..
melihat jam di sana, berdetik..
tik-tok-tik-tok..
mana kamu?

masih tiada...

dan setelah sekian lama..
kau muncul jua..
aku senyum, walau sakit..
tak mengapa...

aku berkata-kata..
mulanya sepatah..kemudian dua, sebelum menjadi tiga..
seterusnya kata-kata aku hampir aku sendiri tidak tahu menjadi berapa..

dan kamu?

hanya diam..
kalau tidak pun, mungkin membalas dengan sepatah...
seolah-olah kamu sedang bermain!

tak mengapa...

kalau itu yang kamu ingin mainkan..
aku akan berlawan!

tapi jangan sampai bila aku diam...
kau mula untuk bersuara...

"Are You Okay?"

waktu itu kalau aku sudah diam..
itu tandanya..

AKU SUDAH MATI! 

p/s: entah kenapa mata sudah terbuka, tapi masih belum sedar!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...