10.10.11

NEGERI INI NEGERI KITA

Oleh / By: Ezy N


Kalau dulu aku dilatih agar mencintai bangsa, aku seronok kerana aku sendiri tak faham sangat maksudnya. Cikgu aku cakap kalau sayang bangsa, hidup senang, dan ramai kawan. Tok wan pulak cakap kalau bangsa tak bersatu, nanti jadi macam zaman Jepun dulu-dulu susah. Masa tu aku belum faham.

Bangsa, apa itu bangsa? Makin aku dewasa, aku makin paham, tapi betul ke aku faham? Atau kawan-kawan aku lebih faham, jiran-jiran aku lebih faham.

Masa sekolah rendah Lee Siang kalau nak makan mesti ajak Vijaya Ragu, makan sekali dengan Farid Osman.
Tapi bila dah sampai menengah, Lee Siang makan dengan Sin Yong, Vijaya nun jauh kat meja hujung dengan Prabu, dan Farid lepak tah dengan budak-budak mana kat tandas, halau nyamuk katanya. Semua ada kawan baru, kalau jumpa pun tegur-tegur lebih kurang ja.

Pak Seman dengan Pak Rashid mana tegur sangat Uncle Murthi. Kalau nak cakap dengan Uncle Meng Chai pun time nak repair motor saja. Time aku sekolah rendah selalu jugak aku tegur semua pakcik-pakcik ni. Tapi lama-lama aku pun jadi macam Farid.

Terfikir jugak aku, inikah semangat bangsa yang kita dah pupuk sejak zaman-berzaman? Nak salahkan siapa, budak-budak yang kurang ajaran atau mak bapak yang bawak teladan murahan untuk anak-anak ikut?

Kenapa bangsa? Kenapa tidak AGAMA? Dalam ikrar sering kita lafazkan "AGAMA, BANGSA, dan NEGARA". Agama datang dulu kan?

Aku percaya, kalau semua orang sedar ajaran dalam agama, tiada diskriminasi, kerana seagama ataupun tidak, kita semua sama sahaja, manusia biasa, tiada lebih tiada kurang. Tak payahlah nak membanggakan bangsa masing-masing. Kita semua asal dari Nabi Adam jugak.

p/s : Kepada Melayu-melayu yang taksub sangat dengan keMelayuan sehingga menindas orang lain (kadang-kadang bangsa sendiri pun), sedarlah, kita sendiri sebenarnya bukan pemilik hakiki negara ini.

MELAYU = pelarian



"Tanah ini bukan milik tuan-tuan semua, tanah ini milik Allah!" - Haji Abdul Rahman Limbong, Pejuang Kemerdekaan.

4 ulasan:

nazrinzaidi berkata...

kita cuma telah di marginalized sejak dulu dari kecil.sehingga hari ini,melayu pula telah diagamakan.lalu terus,tanpa malu ada yang mengaku menjadi fasis bangsa melayu.


oh ya,mamat khalid pernah kata,melayunya aku ialah sehingga aku tidak gentar untuk berbaik-baik dengan bangsa lain.

Rodiah berkata...

eh aku macam tau je sape nazrinzaidi ni. hmm...

nazrinzaidi berkata...

eh eh! ye la kan!

sebenarnya melompat-lompat dari kaos dan kemudiaanya sampai ke sini.tak sangka pula ya!

oh apapun,greetings dari PerspektifKami.blogspot

kipidap!

Leo "Ricky" Huzair berkata...

nice one...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...